Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

7 Dis 2011

Proses Burung Buat Sarang - Step By Step

Assalamualaikum..

InsyaAllah hari ini akan berkongsi salah satu daripada kebesaran Allah dalam penciptaan burung yang melakukan proses membina sarangnya satu persatu.

Proses burung membuat sarang ini dirakamkan dengan menarik sekali dari awal sehingga siap. Bayangkan burung yang tiada tangan dan hanya menggunakan paruh sahaja mampu untuk membina sarang yang sebegitu cantik dan kemas!























Ucapkanlah SUBHANALLAH!

Maha Suci ALLAH yang menjadikan sesuatu dengan bersebab dan setiap satunya mempunyai keindahan dan maksud yang tersirat.

Begitulah proses burung membuat sarangnya.

11 Mei 2011

Gambar Yang Menipu










Sekadar berkongsi keunikan dan kreatifnya pemikiran seorang makhluk Allah yang digelar "manusia". Semoga bermanfaat :)

1 Mei 2011

Letak Beban Anda Sebentar..




Cerita di sebuah universiti :



Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.


” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.


p/s : renung2kan dan selamat beramal!

22 Mac 2011

KENTUT Ada Khasiatnya! Anda Tahu?

Salam...

Sudah hampir sebulan tak update blog ni. Walaupun demikian setiap hari lebih daripada 10 orang yang akan datang melawat blog usang aku ini. Terima kasih! Terharu walaupun tak ramai tapi boleh la kan.. hehe

Berkaitan dengan tajuk di atas mesti ramai ramai yang tertanya-tanya. Rupanya ada khasiat di sebalik kentut yang setiap orang pasti lalui tiap hari! hahaha..

Ceritanya bermula begini,

WASHINGTON..

Pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

“ Kentut , jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut memulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Sedar tak kita setiap ciptaan Allah walaupun buruk pada pandangan mata manusia namun ada hikmah yang sangat besar yang memang sudah pasti kita tak ketahuinya!

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat, ingatlah orang tersayang!! :p

8 Mac 2011

Sejarah Masjid Kampung Tempoyang


Assalamualaikum..

Pada hari ini nak berkongsi berkaitan dengan Sejarah Masjid Kampung Tempoyang.

Kenapa pilih masjid?

Sebabnya saya sembahyang jumaat dekat sini. Jadi adalah baik untuk kita mengetahui sejarah ataupun asal-usul sesuatu tempat kita bermukim :)

Masjid yang indah ini dibina oleh kerajaan pada tahun 1987 ( saya belum lahir lagi!) bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung menunaikan ibadah. Masjid yang bernilai RM350,000 ini terletak kira-kira 4 km dari bandar Kuala Lipis manakala keluasan dewan solatnya mampu menampung seramai 500 orang jemaah dalam satu masa.

Sepuluh tahun selepas siap dibina iaitu pada tahun 1997, masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Lokasinya yang terletak di atas bukit dan berhampiran dengan jalan utama dari bandar Kuala Lipis menuju ke Kelantan menjadikannya satu tempat persinggahan para musafir yang ingin bersolat dan berehat. Dua kubah dan atapnya yang berwarna biru laut mengindahkan lagi suasan persekitaran masjid ini.

Masjid ni dalam masa dua tahun saya di Kuala Lipis dah mengalami beberapa perubahan. Antara terdapat ruang kolah di sebelah kanan masjid untuk memudahkan mengambil wudhuk manakala di sebelah kirinya pula didirikan dewan kecil untuk makan.

Selama dua tahun saya Berjalan Melihat Mentafsir kawasan Kuala Lipis, tiada banyak perubahan yang berlaku :). Walaupun begitu ketenangan berada jauh dari kesesakan bandar kadang-kadang mendamaikan juga!

p/s : tak sempat lagi nak baca sejarah masjid dan kampung sendiri :P

28 Feb 2011

Kopi Masin


Kopi Masin. Kisah Sebuah Kebohongan Yang Terindah.

Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”

Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.

Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat… betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,

“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

p/s: memang best Kopi Masin :)

Posted @ www.isuhangat.net

20 Feb 2011

Orang Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

Assalamualaikum...

Tengah cari2 tazkirah tetibe trjmpe tajuk ini, mmg menarik !

Dilulus terbit pada Tuesday, December 02 @ 19:52:08 MYT oleh TokPenghulu


Oleh jeritan_batinku

"Ini bukan nak kempen , percaya atau tidak, inilah nasyidnya.! Sebenarnya nasyid ada peranan besar dalam dakwah islam.

sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik.ertinya muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya.

Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat dari vokalnya bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyian rabbani dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9.

Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh!

Ada beberapa syur saya utk perkara ini.

1. Adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau

2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.

saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb.

kepada penasyid usahlah bimbang tentang muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna,disitulah kelainannya! Saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya.

Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun rasa sudah terkesan.

Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan khususnya dan abang nazrey yg telah meletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar maknanya.

sumber : http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/13080-cina-masuk-islam-kerana-nasyid.html

p/s: tetiba rasa bertambah semangat untuk meneruskan nasyid ni. Medan dakwah yang tiada sempadannya :)

24 Jan 2011

Panduan Pantas Membuat D*** Dari Bilik! Aku Tak Tipu!

Assalamualaikum....

Rahsia terbongkar! Panduan yang saya jumpe sendiri. Hehe tetibe rasa nak kongsi disini.

Sistem ini menggunakan sistem MLM ataupun multi level marketing. Opps! Mungkin ada yang tidak suka dengan cara ini tapi nanti dulu! Sila baca smpai habis kerana anda akan berpuas hati dengan cara ini, percayalah.

Ok saya dedahkan caranya sekarang :

1) Cari 2 orang atau lebih.

2) Cari isu hangat yg anda ingin "umpatkan". Anda boleh dapatkan isu-isu yang diingini dengan melawat jiran bilik anda atau dengan sesiapa yang rapat dengan anda. Kalau tak dapat isu tersebut, cuba cari di bilik yang lain atau di blok kediaman yang lain (bagi yg duduk di asrama) atau anda boleh target sesiapa yang anda ingin "umpatkan" (biasanya cara ini adalah lebih berkesan :) )

3)Pastikan isu tadi adalah yang paling hangat. Kemudian sebarkan kepada orang lain. Tak perlu ramai dalam sehari tu, cukup 2, 3 orang sahaja. Kalau rajin cari lebih ramai orang. Tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Mestilah nak d*** mesti rajin kan?hehe.Sistem MLM akan berjalan, walaupun lambat tapi berhasil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sabar!

4)Perhatian! Pastikan isu tersebut adalah benar barulah dapat lebih d***. Kemudian untuk mendapat d*** yang lebih banyak, sebarkan kepada rakan-rakan sekelas kita (digalakkan)atau lebih mudah lagi bagitahu kepada roomate orang yg kita target. Baru kesannya lebih hebat.

5)Lihat hasilnya selepas beberapa hari. Anda akan lihat usaha anda berbaloi-baloi!

6)Panduan tambahan, siarkan isu yang diperolehi di F******k kerana jumlah pengguna di laman sosial ini terlalu ramai dan meningkat setiap hari. Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak berusaha untuk mendapatkan d*** sekiranya anda hanya sekadar membaca dan tidak mempraktikkannya. Peluang di tangan anda! Cepat sebelum cara ini diketahui oleh orang lain!

















p/s: Maaf sekadar luahan hati diri sendiri. Anda boleh tukarkan perkataan d*** kepada apa sahaja yang anda suka. Yang pasti saya tak tipu kan? hehe
Semoga bermanfaat.

12 Jan 2011

3 Soalan Yang Perlu Difikirkan


Assalamualaikum....

Hari ni dah genap 10 hari sesi semester baru bermula. Masih belum "panas" lagi orang kata, hehe.


Kuliah berjalan seperti biasa.
Perkara sama berlaku setiap hari.
Usia pun semakin bertambah.

Sedar tak sahabat-sahabat sekalian bahawa kita semua seperti telah "diprogramkan" oleh satu sistem yang kita sendiri tak nampak? Program yang menjadikan kita melalui dan menghadapi perkara yang sama sahaja setiap hari dan mungkin akan berkekalan sehinggalah kita mati?

Tidak saya katakan perkara yang kita lalui ini adalah perkara yang tidak baik tetapi pernahkah kita terfikir halatuju kita yang kita pasti akan hadapi di akhir nanti?

Kita pasti akan menghadapi kematian.

Adakah meningkatnya usia kita ,
Bertambah ilmu kita?
Bertambah khusyuk dalam solat kita?
Bertambah keimanan kita?
Bertambah amalan sunat kita?
Bertambah zikir kita dalam mengingati Allah?

Seram sejuk juga saya memikirkan adakah saya mampu menghadapi hari kematian yang pasti tiba itu! huhu. Semasa kuliah kelolaan Ust Wab Azlan pagi tadi, ada menyentuh mengenai tajuk untuk post kali ini.

Tahukah apa 3 soalan yang perlu difikirkan oleh kita sebagai manusia?

Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 3 soalan tersebut ialah :

1) Dari mana kita datang?
2) Mengapa kita didatangkan?
3)Ke manakah kesudahan kita?

Sama-samalah kita fikirkan ketiga-tiga soalan tersebut. Semoga bertambah keimanan kita dan menyedarkan kita daripada kelalaian hidup yang sementara ini!

Harap semua dapat mengambil iktibar dan peringatan dalam pos saya kali ini :)

30 Dis 2010

Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin

Assalamualaikum,

Setelah selesai menghabiskan bacaan buku Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem, sekarang tibalah masanya untuk meneruskan pembacaan ke buku yang seterusnya. Memang nak buat "road show" ni tapi untuk Novel Sejarah Islam la, hehe.

Berkaitan dengan buku Salahudin Ayubi, memang jelaslah betapa ceteknya ilmu yang aku ada berkaitan dengan sejarah Jerusalem itu sendiri. Sedih rasanya semasa membaca buku ni semasa membayangkan keadaan umat Islam semasa penaklukan Jerusalem atau Palestin pada 1099 Masihi atau 490 Hijrah oleh tentera Salib.

Menurut Bahaudin (beliau adalah sahabat Salahudin yang paling rapat sejak kecil lagi) dalam buku catatannya,

"Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian yang tumpah semasa tentera Islam menawannya".

Dengan penaklukan semula Jerusalem oleh Salahudin Ayubi pada 1187 , semua lambang salib diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera Islam selepas semua orang Kristian keluar daripada Jerusalem. Azan berkumandang semula di Masjid Aqsa buat pertama kalinya selepas lebih lapan puluh tahun! Subhanallah Maha Suci Allah yang membebaskan semula Palestin.

Semoga Palestin aman semula tidak lama lagi! InsyaAllah itu yang kita kena yakin. Untuk buku yang seterusnya ini iaitu Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin, harap-harapnya dapat dihabiskan dalam masa yang terdekat ni dan menyambung semula dengan Novel Sejarah Islam yang lain. Amin... :)

Semoga bermanfaat. Nak tahu info yang lain? Disni

25 Dis 2010

Terdidik Dengan Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s: setiap ciptaan Allah boleh menjadi sebab ke atas seseorang untuk mendapat hidayah-Nya.

Nak tahu tazkirah lain? Disini

10 Dis 2010

Pembohongan UFO Terbongkar!


Ini adalah episod satu untuk pembohongan UFO ini yang mana adalah episod ke 19 video "the arrival" dan sambungannya adalah pada episod yang ke 20. Untuk mengetahui sila pergi ke http://www.thearrivals.blogspot.com/ .

Video ini sebenarnya adalah sebahagian daripada video yang telah dihasilkan oleh Noreaga Production pada 2008. Secara keseluruhannya terdapat 51 video yang mengandungi 3 fasa yang berkaitan dengan gerakan antichrist. Antichrist yang saya tahu adalah pertubuhan yang membenci semua agama ( Kristian, Islam, Buddha, dsb) dan ingin menguasai dunia dengan pelbagai cara yang kita semua hadapi setiap hari.

Saya sarankan anda untuk membuka minda dan menonton keseluruhan video ini daripada episod  1 hingga ke episod 51. Tak rugi kerana ia berkaitan agama kita dan menambah pengetahuan selain menyedarkan kita tentang situasi sebenar dunia pada hari ini. Sejujurnya setelah menonton video-video ini saya rasa seperti hidup dalam dunia yang telah dirancang daripada bangun tidur sehinggalah tidur semula. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua. Selamat menonton.

p/s: Kesimpulannya tak payah percaya berita seperti kejadian UFO ini. Sebaiknya bagi orang Islam kita wajib untuk mempercayai kewujudan makhluk ghaib yang sudah terbukti ada dan tertulis dalam kitab Al-Quran. Carilah! :)

Nak tahu info menarik lain? KLIK

29 Nov 2010

MASA CUTI ADALAH UJIAN !



Assalamualaikum sahabat sekalian..
waktu cuti adalah ujian yang sebenar...

Betul tak? bagi sesetengah orang waktu cuti digunakan untuk berehat semata-mata.
Waktu cuti juga bagi sesetengah orang adalah waktu untuk melancong dan sebagainya .
Tapi bagi pendapat aku waktu cuti adalah waktu ujian sebenar bagi student macam aku ni..

Banyak perkara boleh dibuat dalam waktu cuti ni..

Ada orang buat kenduri kahwin
Ada orang buat duit dengan kerja sambilan
Ada orang membaca (bagus la tu!)
Ada orang surf internet je setiap hari
Ada orang membuta sampai ke tengah hari
Ada orang gunakan masa dengan benda2 pelik seperti tengok wayang, lepak dekat kaki lima, lepak dekat pusat membeli belah
Ada jugak orang x tahu nak buat apa2 masa cuti ni , just tengok tv je tiap hari..

Waktu inilah kita boleh tengok sesiapa yang boleh istiqamah dengan apa yang dia buat setiap hari di kolej, universiti dan yang sewaktu dengannya.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Aku maksudkan ujian kat sini adalah sejauh mana kita boleh menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Percayalah bahawa masa lapang yang kita ada adalah ujian daripada Allah untuk kita semua.

Allah nak lihat sama ada kita hambanya yang bersyukur ataupun tidak dengan kurniaannya.
So masa yang ada ni , jom kita tambah ilmu dengan membaca apa sahaja maklumat2 baru. Lebih baik lagi kalau kita baca daripada buku kerana amat berbeza rasenya ilmu yang kita dapat daripada buku dengan ilmu yang kita cari di internet.

Selamat mengisi masa lapang anda dan selamat beramal :)

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

30 Jul 2010

Takabbur !

tempat : Surau as-Syafie IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis
masa : selepas Zohor
tajuk : Takabbur
tarikh : 27-7-2010
oleh : ustaz Wan Azlan b Wan Adnan

Takabbur menurut imam al-Ghazali dalam kitab ihya 'ulumuddin terbahagi dua :
1)Agama 2) Dunia

1) Takabbur dalam agama ini pula terbahagi 2 iaitu
1) ilmu
2) amal ibadat

2) takabbur dalam dunia pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu ;
1) dengan ketampanan dan kecantikan
2) dengan keturunan
3) dengan keperkasaan dan kekuatan
4) dengan pangkat
5) dengan harta

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

28 Mei 2010

Ilmu tasawuf





" Nasihat -nasihat dan peringatan telah diberikan ke arah bertakwa. Jika tidak memberi kesan juga , itu bermakna "Hati telah Rosak".

(Minhajul Abidin)

sahabat-sahabat sekalian bersyukurlah kita sekiranya masih ada orang yang mahu menegur kita kerana mereka sedang mengambil berat akan kita, namun bersedih lah sahabat -sahabat apabila tiada yang memberikan teguran kerana ketika itu kita telah kehilangan sesuatu yang amat bernilai..

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

22 Mei 2010

Kuliah Tauhid

Kuliah ini disampaikan di masjid besar Kuala Lipis Pahang..

"Allah tidak melihat pada rupa paras, harta , pangkat
dan keturunan namun Allah melihat pada Ilmu, Ibadah, Jihad
dan Takwa pada seseorang itu."

kitab Bahrul Mazi..
walaupun sedikit sama2 kita ambil iktibar daripadanya..
InsyaAllah :)

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

10 Apr 2010

7 ayat..

7 AYAT YANG PERLU DI AMALKAN DALAM KEHIDUPAN
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim - Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulilah - Setiap kali habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

4. InsyAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquawwatailbillah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah - Jika mendapat musibah/melihat kematian

7. Laailaahaillallah - Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya. Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W:" Siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

19 Feb 2010

Koleksi Tazkirah

Tajuk : Fardhu 'ain - Bersuci
Muzakkir : Abang Fadeer bin Fauzi
Tarikh : 23/2/2006
Masa : 8.10 malam
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah

Tajuk kali ni berkaitan istinjak. Mungkin ada
sahabat-sahabat yang dah terlupa jadi
sama-sama kita imbas kembali berkaitan
perkara ini. Ini adalah isi kandungan tazkirah
tersebut :

Istinja' membawa maksud menghilangkan najis
selepas membuang hadas besar atau kecil.
(Hukumnya adalah wajib)

Syarat-syaratnya :

1)3 kali sapuan menggunakan batu.
2)Bersihkan dubur dan qubul.
3)Najis tidak kering.
4)Tidak berpindah najis.
5)Tidak boleh bercampur najis.
6)Najis tidak berpindah.
7)Najis todak terkena air.
8)Menggunakan batu yang bersih.

Wudhu' : dimulakan dengan niat dengan
syarat-syarat tertentu sebagai menyucikan hadas kecil.

Mengangkat hadas : membuang perkara-perkara
kotor daripada menggangu kita semasa solat.

Rukun Wudhu' :

1)Berniat di dalam hati.
2)Membasuh wajah.
3)Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
4)Membasuh rambut.
5)Membasuh kaki hingga ke buku lali.
6)Tertib.

Wallahua'lam.

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

28 Dis 2009

Orang Mu'min

Tajuk : Orang Mu'min
Muzakkir : Abang Hafizi
Tarikh : 25/2/2006
Masa : 2.05 petang
Tempat : Kolej Islam Sultan Alam Shah

Terdapat 3 tugas penting manusia iaitu :
1)Khalifah Allah
2)Da'i ila Allah
3)'Abid Allah

Kita mestilah mengambil ajaran Islam
sepenuhnya , bukannya ambil ajaran
yang menguntungkan kita sahaja.

Oleh itu untuk menjadi mu'min yang
mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya
kita mestilah mengetahui apakah ciri-ciri
yang mesti ada pada seorang mu'min:

1)Orang yang sentiasa bertaubat kepada
Allah. Adakah kita????

2)Orang yang sentiasa memuji Allah
Adakah kita????

3)Orang yang sentiasa berjalan-jalan
memikirkan kejadian alam Allah.
Adakah kita????

4)Orang yang sentiasa menjaga amalan
atau kuat beribadah.
Adakah kita????

5)Orang yang melakukan amar ma'ruf
dan nahi mungkar.
Adakah kita????

6)Orang yang sentiasa menjaga hukum-hukum
Allah.
Adakah kita????

Abang Hafizi mengakhiri tazkirah Zohor beliau
dengan mengingatkan aku dan sahabatku yg
lain supaya sentiasalah meminta pertolongan
daripada Allah dalam apa jua keadaan kerana
Allah adalah sebaik-sebaik pemakbul doa.

Wallahua'lam.

p/s: ini sebenarnya aku salin daripada koleksi
tazkirah yang aku dapat semasa di KISAS dahulu.
Lepas keluar KISAS ni barulah aku percaya ilmu
yang aku dapat dulu disitu memang tiada gantinya
dan jika berkesempatan aku akan tuliskan di blog aku
ni.
(Ilmu bukan sekadar di sekolah, SPM dan universiti
tapi berada di mana-mana dan sangat luas.
Jadi carilah ia bersama-sama!!)

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

19 Nov 2009

KEtua?

Assalamualaikum...

Lama x post ape2 kat blog ni..mintk maaf kepada semua..
Kenapa KEtua??? Ha.. KEtua ade 2 maksud yg boleh
aku tafsirkn.

1)seorang KETUA : bertanggungjawab atas orang di bawahnya
2)KEtua : dari muda "ke tua"


Sebenarnya apabila seseorang dilantik menjadi ketua
secara x langsung dia mestilah berfikir dirinya
seolah-olah orang tua kepada orang di bawahnya...
Setuju x??

Menjadi ketua kepada sesebuah organisasi
walaupun kecil atau besar tetap memerlukan
kerjasama daripada semua orang.. x kira lah
berjawatan atau tidak berjawatan.

Jadi untuk sem depan InsyaAllah jika tiada apa2
halangan aku akan berusaha sedaya upaya
menjadi "KEtua" yang baik dan bertanggungjawab
kepada semua orang.. terutama kepada ustaz
ustazah daripada kelas PISMP PAI SEM 1
(tahun depan :2010)IPGM Kampus Tengku Ampuan
Afzan Kuala Lipis Pahang

Kepada semua bekas2 K.U
( Shafiq,Naqiuddin,Arif(lagi beberapa hari..) )

Bersama-sama kita membawa perubahan pada
tahun hadapan kepada agama kita InsyaAllah..
YOSH!!! (mcm ahli politik pulak,hehe)

p/s:sekadar coretan apa yang membeku dihati,
dah cair dah sekarang.. Assalamualaikum

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih