Assalamualaikum..
InsyaAllah hari ini akan berkongsi salah satu daripada kebesaran Allah dalam penciptaan burung yang melakukan proses membina sarangnya satu persatu.
Proses burung membuat sarang ini dirakamkan dengan menarik sekali dari awal sehingga siap. Bayangkan burung yang tiada tangan dan hanya menggunakan paruh sahaja mampu untuk membina sarang yang sebegitu cantik dan kemas!
Ucapkanlah SUBHANALLAH!
Maha Suci ALLAH yang menjadikan sesuatu dengan bersebab dan setiap satunya mempunyai keindahan dan maksud yang tersirat.
Begitulah proses burung membuat sarangnya.
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
7 Dis 2011
25 Dis 2010
Terdidik Dengan Tembikai
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
p/s: setiap ciptaan Allah boleh menjadi sebab ke atas seseorang untuk mendapat hidayah-Nya.
Nak tahu tazkirah lain? Disini
20 Dis 2010
Ikan Bakar Halal
Ini adalah Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan
Assalamualaikum semua..
Suka tak makan ikan bakar?
Biasanya korang makan dekat mana?
Selalu tak makan ?
Saja aku tanye soalan cepumas ni sebab aku yakin dan pasti ramai yang sangat meminati ikan bakar atau dalam bahasa Inggeris, Grilled Fish.
So delicious and spicy, I like it!
Omputih biasa cakap macam ni bila dapat makanan yang sangat sedap,hehe. Hari ini nak berkongsi hobi berkaitan makan ikan bakar ni. Nak cakap tentang resepi memang tak pandai , pandai makan je. So bila ada disediakan ikan bakar depan mata, memang itu yang pertama aku makan.
Gambar kat atas adalah di Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, Klang. Tempat ni memang "famous" kepada sesiapa yang nak mencari makanan seafood dan paling special adalah ikan bakar. Nak diingatkan kat sini memang banyak kedai ikan bakar yang kita jumpa di tepi jalan bak cendawan yang tumbuh tapi perlu tengok sama ada betul-betul halal ataupun tidak. Walaupun ada tertulis "pork free" tapi langkah berjaga-jaga adalah perlu.
Halal adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan, Jadi tak kira apa yang kita makan kene pastikan kedai tu betul-betul halal. " Mencari yang halal itu adalah yang utama".
Semoga bermanfaat :)
Nak tahu info dan panduan lain? Disini
Labels:
delicious,
halal,
ikan bakar,
info panduan,
peringatan,
spicy fish grill
10 Dis 2010
Pembohongan UFO Terbongkar!
Ini adalah episod satu untuk pembohongan UFO ini yang mana adalah episod ke 19 video "the arrival" dan sambungannya adalah pada episod yang ke 20. Untuk mengetahui sila pergi ke http://www.thearrivals.blogspot.com/ .
Video ini sebenarnya adalah sebahagian daripada video yang telah dihasilkan oleh Noreaga Production pada 2008. Secara keseluruhannya terdapat 51 video yang mengandungi 3 fasa yang berkaitan dengan gerakan antichrist. Antichrist yang saya tahu adalah pertubuhan yang membenci semua agama ( Kristian, Islam, Buddha, dsb) dan ingin menguasai dunia dengan pelbagai cara yang kita semua hadapi setiap hari.
Saya sarankan anda untuk membuka minda dan menonton keseluruhan video ini daripada episod 1 hingga ke episod 51. Tak rugi kerana ia berkaitan agama kita dan menambah pengetahuan selain menyedarkan kita tentang situasi sebenar dunia pada hari ini. Sejujurnya setelah menonton video-video ini saya rasa seperti hidup dalam dunia yang telah dirancang daripada bangun tidur sehinggalah tidur semula. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua. Selamat menonton.
p/s: Kesimpulannya tak payah percaya berita seperti kejadian UFO ini. Sebaiknya bagi orang Islam kita wajib untuk mempercayai kewujudan makhluk ghaib yang sudah terbukti ada dan tertulis dalam kitab Al-Quran. Carilah! :)
Nak tahu info menarik lain? KLIK
31 Jan 2010
Jumaat ???
Saya dapat mesej ini daripada seorang sahabat :
27/11/2009 : Jumaat , Hari Raya Aidiladha
18/12/2009 : Jumaat , Tahun Baru Hijrah
25/12/2009 : Jumaat , sambutan Krismas
1/1/2010 : Jumaat , Tahun Baru
15/1/2010 : Jumaat , gerhana matahari
26/2/2010 : Jumaat , sambutan Maulid Nabi saw
2/4/2010 :Jumaat , matinya yesus kristus
28/6/2010 : Jumaat , Hari Wesak
10/9/2010 : Jumaat , Hari Hari Aidilfitri
5/11/2010 : Jumaat , sambutan Deepavali
kepada semua kenalanku, sepertimana
yang kita ketahui melalui sabda Rasulullah saw,
hari kiamat juga akan berlaku pada hari
Jumaat. Sama-samalah kita berdoa ,
beristighfar memohon keampunan daripada
Allah SWT....... renungan bersama
p/s : Sebagai umat Islam wajib bagi
kita mengakui bahawa kiamat itu adalah
pasti tapi bersediakah kita menghadapinya??
Fikir-fikikanlah...
Tazkirah lain di blog ini : KLIK
27/11/2009 : Jumaat , Hari Raya Aidiladha
18/12/2009 : Jumaat , Tahun Baru Hijrah
25/12/2009 : Jumaat , sambutan Krismas
1/1/2010 : Jumaat , Tahun Baru
15/1/2010 : Jumaat , gerhana matahari
26/2/2010 : Jumaat , sambutan Maulid Nabi saw
2/4/2010 :Jumaat , matinya yesus kristus
28/6/2010 : Jumaat , Hari Wesak
10/9/2010 : Jumaat , Hari Hari Aidilfitri
5/11/2010 : Jumaat , sambutan Deepavali
kepada semua kenalanku, sepertimana
yang kita ketahui melalui sabda Rasulullah saw,
hari kiamat juga akan berlaku pada hari
Jumaat. Sama-samalah kita berdoa ,
beristighfar memohon keampunan daripada
Allah SWT....... renungan bersama
p/s : Sebagai umat Islam wajib bagi
kita mengakui bahawa kiamat itu adalah
pasti tapi bersediakah kita menghadapinya??
Fikir-fikikanlah...
Tazkirah lain di blog ini : KLIK
Langgan:
Catatan (Atom)
Suka Post ini?? Tekan SHARE
Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih






















