11 Feb 2012
Foto Sungai di Dalam Laut
2 Jul 2011
10 Perlakuan Yang Memang Merosakkan OTAK!

Salam,
Hari ini rasa nk berblog pula sebab dah lama tak buka judin-perjalananhidup.blogspot ni. Dah bersawang tapi sekarang nak bersihkan sikit-sikit. Ada penyapu dengan penyodok ni, Haha.
Baiklah berkaitan dengan tajuk di atas, saya yakin dan pasti memang ramai yang amalkan dan tak sedar mereka selalu buat. Tak percaya??? Ha... Teruskan pembacaan anda.
10 perlakuan yang memang merosakkan OTAK korang semua!
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Kredit kepada MediaSerius.com
p/s: salah satu yang biasa pelajar-pelajar buat adalah yang nombor satu. Betul tak?? Jangan nak tipu ye..
OK macam biasa kalau bermanfaat info ni SHARE je dengan kawan-kawan.
Semoga bermanfaat!
11 Mei 2011
Gambar Yang Menipu
1 Mei 2011
Letak Beban Anda Sebentar..



Cerita di sebuah universiti :
Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya
“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.
Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.
“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!
Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.
7 Apr 2011
Matahari Tersenyum
22 Mac 2011
KENTUT Ada Khasiatnya! Anda Tahu?
Sudah hampir sebulan tak update blog ni. Walaupun demikian setiap hari lebih daripada 10 orang yang akan datang melawat blog usang aku ini. Terima kasih! Terharu walaupun tak ramai tapi boleh la kan.. hehe
Berkaitan dengan tajuk di atas mesti ramai ramai yang tertanya-tanya. Rupanya ada khasiat di sebalik kentut yang setiap orang pasti lalui tiap hari! hahaha..
Ceritanya bermula begini,
WASHINGTON..
Pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.
“ Kentut , jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut memulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.
Sedar tak kita setiap ciptaan Allah walaupun buruk pada pandangan mata manusia namun ada hikmah yang sangat besar yang memang sudah pasti kita tak ketahuinya!
Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat, ingatlah orang tersayang!! :p
8 Mac 2011
Sejarah Masjid Kampung Tempoyang
Assalamualaikum..
Pada hari ini nak berkongsi berkaitan dengan Sejarah Masjid Kampung Tempoyang.
Kenapa pilih masjid?
Sebabnya saya sembahyang jumaat dekat sini. Jadi adalah baik untuk kita mengetahui sejarah ataupun asal-usul sesuatu tempat kita bermukim :)
Masjid yang indah ini dibina oleh kerajaan pada tahun 1987 ( saya belum lahir lagi!) bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung menunaikan ibadah. Masjid yang bernilai RM350,000 ini terletak kira-kira 4 km dari bandar Kuala Lipis manakala keluasan dewan solatnya mampu menampung seramai 500 orang jemaah dalam satu masa.
Sepuluh tahun selepas siap dibina iaitu pada tahun 1997, masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Lokasinya yang terletak di atas bukit dan berhampiran dengan jalan utama dari bandar Kuala Lipis menuju ke Kelantan menjadikannya satu tempat persinggahan para musafir yang ingin bersolat dan berehat. Dua kubah dan atapnya yang berwarna biru laut mengindahkan lagi suasan persekitaran masjid ini.
Masjid ni dalam masa dua tahun saya di Kuala Lipis dah mengalami beberapa perubahan. Antara terdapat ruang kolah di sebelah kanan masjid untuk memudahkan mengambil wudhuk manakala di sebelah kirinya pula didirikan dewan kecil untuk makan.
Selama dua tahun saya Berjalan Melihat Mentafsir kawasan Kuala Lipis, tiada banyak perubahan yang berlaku :). Walaupun begitu ketenangan berada jauh dari kesesakan bandar kadang-kadang mendamaikan juga!
p/s : tak sempat lagi nak baca sejarah masjid dan kampung sendiri :P
20 Jan 2011
Fakta Menarik Khasiat Mandi
Assalamualaikum..Hari tajuk post pelik sedikit. Bagus juga ada perubahan kan, hehe.
Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau busuk kan? Hihi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.
Mari kita ketahui fakta menarik khasiat mandi yang kurang diketahui umum;
1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.
2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.
3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.
4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.
5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.
6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.
Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.
Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Baru la wangiii. Hehe. Tapi janganlah terlalu kerap pulak, nanti tinggi pulak bil air yang kena bayar. Hihi. Jadi, secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari.
Semoga info ini bermanfaat kepada anda!
26 Dis 2010
Keputusan Rasmi - Malaysia VS Indonesia Piala AFF Suzuki 2010

Gol pertama dijaringkan oleh Safeei Ali pada separuh masa kedua. Gol yang kedua oleh Ashaari Samsudin dan yang ketiga dijaringkan oleh Safeei Ali sekali lagi. Perlawanan final yang kedua akan diadakan di Indonesia pada 29 haribulan 12 ini. Sama-sama kita nantikan. Diharapkan perlawanan yang kedua nanti Malaysia akan membuka lebih banyak jaringan dan seterusnya menjuarai Piala AFF Suzuki ini buat kali yang pertama :)
Baca info yang lain disini
23 Dis 2010
Kubur? Tak Kesah Pun..
Kubur?
Apa kaitan kubur dengan pergi Johor? Jauh tu!
Mungkin ada yang pelik dengan tajuk diatas. Ceritanya bermula begini....
Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (sony ericsson K770i)
Batu Nisan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sony Cybershot)Nak dijadikan cerita...
Masa kami datang tu, waktu petang. Jadi waktu ini lah budak-budak keluar untuk bermain. Tak kisahlah main permainan ape pun, yang penting main. Jadi memang sangat menarik perhatian aku lah apa yang terjadi kat situ. Tengok gambar-gambar kat bawah ni...


Bermain bola dengan gembira di waktu petang (sony ericsson K770i)Memang betul kata pepatah Melayu :
Nak tahu info lain? Disini
18 Dis 2010
Malaysia Berjaya Melangkah ke Final Piala Suzuki AFF 2010
17 Dis 2010
SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem
Pernah dengar ungkapan di atas? Ni adalah formula baru yang aku cipta. Kita adalah apa yang kita baca. Kalau kita baca berkaitan politik, lagak kita mesti macam ahli politik. Kalau kita baca buku berkaitan agama, lagak kita macam ustaz pula sebab orang menilai daripada apa yang kita tuturkan.
Pos terbaru hari ini adalah berkaitan dengan buku di atas , Novel Sejarah Islam : SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem. Buku ni baru sampai ke rumah semalam. Aku belum sempat untuk baca lagi dan tujuan aku review kat sini adalah untuk menaikkan semangat aku untuk baca buku ni dan menghabiskannya sebelum cuti sekolah ni habis.
14 Dis 2010
Sebatang Pensel
Nak tahu info menarik lain? KLIK
30 Nov 2010
Unbelievable World Records Facts!
1) Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei has the largest collection of Rolls-Royces, owning around 150. He has 2,000 other luxury cars too!
2) American Ashrita Furman broke the fastest skipping record in 2007 by skipping record in 2007 by skipping 5 kilometres (3.1 miles) in 35 minutes 19 seconds. He skipped at Tiger Temple in Thailand... and had a tiger trotting alongside him most of the way !
3) The youngest person to reach the toop of Mount Everest was 15-years-old Ming Kipa Sherpa in 2003.
4) The box jellyfish is the most venomous type, with a sting that can kill in 4 minutes.
5) Kilauea in Hawaii is the most active volcano and has been erupting non-stop since 1983.
6) A record number of 269 Asian elephants gathered to eat over 50 tonnes (11,231 pounds) of fruit and vegetables at Thailand's 2003 annual elephant parade.
7) The gecko (pokke or tokke in Malay) is the only lizard that makes noises.
8) The wettest place on Earth is the Indian town of Cherrapunji, with an average annual rainfall of 11.43 metres (38 feet 2 inches).
9) More than 200 million people have visited the Eiffel Tower since it was built, making it the world's most visited monument.
10) The largest ocean is the Pacific - it makes up 45.9 per cent of the world's oceans!
from book : 1001 Unbelievable Facts by Helen Otway
Nak tahu info menarik lain di blog ini? KLIK
17 Okt 2010
Ada apa dengan bajet 2011 ?
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
- Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
- Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
- Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
- Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
- Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
- Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
- Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
- Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
- Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
- Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
- Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
- RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkanpembangunan koridor dan wilayah.
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
- Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
- Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
- Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
- Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
- Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
- Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
- RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
- RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
- Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
- Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Suka Post ini?? Tekan SHARE
Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih


















