Memaparkan catatan dengan label tips n trik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips n trik. Papar semua catatan

18 Mei 2011

Merawat Dan Memutih Wajah Dalam Islam



Assalamualaikum..

Bila kita sebut pasal memutihkan wajah mesti terbayang pencuci muka yang mahal-mahal dan berhasil memberikan kesan dalam 4 minggu. Namun tahukah kita dalam Islam telah menggariskan cara untuk kita merawat malah memutihkan wajah kita yang sangat kita sangat sayang ini.

Ketahuilah bahawa terdapat cara yang mudah dan FREE je untuk mendapatkan wajah idaman tidak kira umur dan lapisan masyarakat. Baca di bawah ini.


1.DENGAN BERWUDUK

Berdasarkan Al-Qur’an Surat Al-Maidah 6 :

“Hai orang orang yg beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan tanganmu sampai dengan kedua mata kaki .
Ketika membasuh wajah dalam berwuduk

Ya Allah jadikanlah wajahku putih berseri di hari putihnya muka muka dan hitamnya muka muka”.

“Allahumma bayyidh wajhii yauma tabyadhdhu wujuuh wa taswaddu wujuuh”


2. Ketika bersikat / bercermin

Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku / akhlakku
“Allahumma kamaa hasanta kholqi fa hassin khuluqii”


3. Ketika dalam solat

Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.

“Wajahtu wajhiya lilladzi fathoros samaawaati wal ardho haniifan musliman wa maa ana minal musyrikiin”.


4.DENGAN SUJUD


“Sajada wajhi lilladzii kholaqohu wa showwarohu wa saqoo sam’ahu wa bashorohu fatabarokallahu ahsanul khooliqiin”.
Aku sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan rupa dan memberinya pendengaran dan penglihatan, Maha Berkat Allah Sebaik baik Pencipta.


5. DENGAN MEMBERI SALAM


Ketika kita mengucapkan “salam” kepada saudara kita sesama muslim, secara automatik wajah kita cerah/ berseri seri.
Hadis Nabi :
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sekecil apapun, seperti kamu menemui sudaramu dengan wajah berseri seri”.


6. DENGAN MEMPERBANYAKKAN SENYUMAN


Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.
“Tabassumuka fii wajhi akhiika sodaqoh”

Ketenangan hati kerana berzikir dan sujud membuat wajah kita mudah senyum, wajah kita damai, wajah merupakan jendela untuk melihat apa yang bergejolak di dalam hati.


7. DENGAN MENGHILANGKAN IRI DAN DENGKI


Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki , tentunya akan sukar sekali tersenyum, bahkan mukanya akan selalu masam, berkerut, muram dan sinis.

Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyuman dan penuh kelembutan.


8. DENGAN MENYAYANGI ANAK-ANAK YATIM


Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.


HASIL PERAWATAN WAJAH


Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat : wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan :
1)Golongan yang wajahnya putih berseri
2)Golongan yang wajahnya hitam

Di hari kiamat kita dikenali dengan bekas bekas sujud di wajah kita. ( ta’rifu fii wujuuhihim min atsaris sujud )

Posted @ www.isuhangat.net


Klik share button di sebelah tajuk artikel ini sekiranya anda rasa artikel ini menarik!

Semoga bermanfaat :)

1 Mei 2011

Letak Beban Anda Sebentar..




Cerita di sebuah universiti :



Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.


” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.


p/s : renung2kan dan selamat beramal!

5 Feb 2011

Jom Belajar Buat Pantun MODEN

Maher Din dan Prof. Ezzy sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di bilik study. Maher Din sedang menyiapkan tugasannya berkaitan dengan pantun dan asyik menggaru-garu kepalanya dari tadi. Prof. Ezzy yang melihat pun naik pening melihat perlakuan Maher Din.

Prof Ezzy : Ko ni ada masalah ape? Dari tadi aku tengok ko asyik garu kepala je, gatal sangat ke kepala ko tu?

Maher Din : Aku kena buat pantun la. Aku memang tak pandai langsung buat-buat pantun ni dari kecil. Mak Bapak aku pun x pernah ajar aku.

Prof Ezzy : Senang aja nak buat pantun ni, ko tu je yang malas nak berfikir dan malas nak berlajar, banyak buang masa je.

Maher Din : Eh, macam tahu-tahu je aku banyak buang masa!

Selalu aku lepak kat Garden,
Kadang-kadang aku tengok kartun,
Maklumlah aku generasi moden,
Mana tahu sangat berpantun.

Prof Ezzy : Ha! Itu pantun la namenye!

Maher Din : Iye ke? Haha... Pantun MODEN!

p/s : semoga anda ada idea untuk membuat pantun-pantun mudah macam di atas ni!

Semoga Bermanfaat!

2 Feb 2011

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)


Assalamualaikum....

Cuti masih berjalan. Banjir dalam Malaysia belum reda lagi. Rusuhan dan kebangkitan suara belia semakin meningkat di Mesir. Banyak perkara berlaku setiap hari tapi apakah sumbangan kita kepada Islam pada hari ini??? Saja membuka minda anda semua (kepada y muslim).

Baiklah itu adalah sedikit tazkirah sebelum masuk kepada tajuk pada hari ini :) hehe. Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman!

Ok masuk kepada tajuk di atas, saya dapat tip ni daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 2 Feb 2011 dan saya rasa amat bagus untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekalian.

Caranya adalah seperti berikut :

1) Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. (saya baru tahu!)
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) Papan kekunci.
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada "Turn Off monitor in... minutes".
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan "Dead pixel". (Pun baru tahu juga!)
4) Haba panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) Surge Protector
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan unutk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu keras (HDD) dan lunca kuasa (Power Supply).
6) Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Terima kasih kerana datang ke teratak saya yang tak seberapa ini! hehe..

Semoga bermanfaat!

20 Jan 2011

Fakta Menarik Khasiat Mandi

Assalamualaikum..

Hari tajuk post pelik sedikit. Bagus juga ada perubahan kan, hehe.

Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau busuk kan? Hihi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.

Mari kita ketahui fakta menarik khasiat mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.

6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.

Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Baru la wangiii. Hehe. Tapi janganlah terlalu kerap pulak, nanti tinggi pulak bil air yang kena bayar. Hihi. Jadi, secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari.

Semoga info ini bermanfaat kepada anda!

11 Jan 2011

PELABURAN EMAS


Assalamulaikum...

Sejak akhir-akhir semakin ramai yang memperkatakan bisnes atau perniagaan berkaitan dengan emas. Maklumlah, harga emas kan sentiasa naik. Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang baik dan lumayan kerana harga emas walaunpun turun pada satu-satu ketika namun(sangat sedikit graf penurunan harganya) harganya pasti akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun malah dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas ini, saya cadangkan anda rajin-rajinlah menimba ilmu yang mendalam berkaitan dengan pelaburan emas ini kerana setiap pelaburan pasti mempunyai risiko dan dengan menambah ilmu dapat meminimumkan risiko "rugi" ataupun tertipu dengan orang yang mengatakan kononnya dirinya pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaburan emas ini.

Saya bukanlah tahu semua perkara berkaitan dengan pelaburan emas ini namun saya boleh mencadangkan kepada anda satu laman web yang memberikan perkongsian yang baik berkaitan dengan pelaburan emas ini. Anda boleh layari blog tersebut di sini

Blog ini menyalurkan perkongsian ilmu mengenai panduan dan teknik-teknik membuat duit melalui pelaburan emas di Malaysia sama ada dinar emas, public gold, etika emas, kijang emas, gold saving, gold saving passbook, maybank gold saving, public gold, public dinar.

Selain itu, pelbagai tip yang boleh didapati oleh pengguna dalam meningkatkan kelebihan mengenai kelebihan emas. Terdapat juga analisa harga emas, forum untuk untuk berinteraksi dan berdiskusi, dan pelbagai artikel menarik yang boleh dijadikan rujukan. Mari kita lawati blog ini di sini.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

15 Dis 2010

Download Ebook SEO Guides by Brad Callen


Assalamualaikum..

Hari ini aku nak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkaitan dengan sebuah ebook yang amat berguna kepada para blogger sekalian. Dalam pos yang lepas aku ada beri senarai web dan blog untuk belajar tentang SEO Tips. Kali ni tentang ebooknye pulak.

Tajuk buku ini ialah SEO Guides oleh Brad Callen. Sebelum tu aku nak terangkan apa itu SEO. SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization.  SEO ini berfungsi pada carian Google. Pentingnya SEO ini biasanya dimanfaatkan oleh blogger yang ingin blog mereka berada pada page yang pertama dalam enjin carian Google. Sekiranya anda seorang IM( Internet Marketing) sudah pasti anda akan menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan tahap page web/blog anda pada enjin carian Google. Untuk tahu lebih lanjut berkaitan dengan SEO ini anda boleh cari di web berkaitan atau google untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ebook ini dibahagikan kepada 10 Chapter.

Chapter 1 : "Optimize The Wrong Keywords And You'll Likely Never See Results"

Chapter 2 : " How Changing One Single Onpage Optimization Factor Can Boost Your Rankings By Over 350 Positions.

Chapter 3 : "The Secret To Getting Listed In Google In Under 24 Hours-Guaranteed!"

Chapter 4 : "How To Skyrocket Your Website To The Top Of Google With Properly Planned Offpage Optimization"

Chapter 5 : "How To Skyrocket Past The #1 Ranked Website On Google For The Term Diet Information..."

Chapter 6 : Are You Asking Google To Penalize Or Ban Your Website?"

Chapter 7 : "Don't Get Your Website Banned BY Google.. By Accident!"

Chapter 8 : "Possibly The Biggest Misconception About Ranking Well In The Search Engines.. "

Chapter 9 : " What You Must Do To Rank Well For Your Inner Web Pages.. "

Chapter 10 : "The Cold Hard Facts About Google Page Rank And How To Use It To 1-Up Your Competitors!"


Download Ebook disini


Nak download yang lain? Disini

9 Dis 2010

Cara Mudah Mendapatkan 1 Juta Pengunjung Unik Ke Blog/Web Anda

Assalamualaikum semua..
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang Cara Mudah Mendapatkan 1 Juta Pengunjung Unik Ke Blog/Web Anda. 

Siapa yang tak nak kalau web atau blog kita dikunjungi oleh ribuan pengunjung malah mungkin kepada 1 juta pengunjung! Aapabila saya terjumpa entri ini saya rasa amat molek sekiranya saya kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Cara ini saya rasa adalah yang paling mudah tanpa perlu membayar apa-apa. Secara tidak langsung dengan mudah juga kita mampu dapat backlink untuk website kita. Paling kurang kita perlu promosikan kepada 10 orang sahaja. Untuk menggunakan kaedah ini websitenya disini


Berikut Penjelasan cara mudah mendapatkan 1 juta pengunjung unik ke blog/web anda :

Langkah pertama :

Daftar dulu web atau blog yang anda ada disini dan klik 1 sponsor web setelah itu klik lagi sebanyak 6 web / blog referal dan masukan kodnya satu persatu pada sponsor link dan seterusnya dari kedudukan link 1 sampai dengan kedudukan link 6.

Langkah kedua :

Apabila ada yang berkunjung dan mendaftar melalui web atau blog anda maka pengunjung yang mendaftar kedudukannya dibawah anda secara langsung atau boleh anda rekomendkan ke blogger lain sebanyak 10 orang.

Pengunjung yang terdaftar melalui web atau blog anda yang berada dikedudukannya secara langsung akan berada pada kedudukan ke 2 dan promosikan cara ini kepada yang lain untuk mendaftar.

Demikian seterusnya sehingga anda dengan tidak sengaja telah mendapatkan backlink dan trafik dari banyak orang yang telah mendaftar dari sponsor dibawah anda.

10 orang yang mendaftar maka link posisi 1
1 x 10 pengunjung akan melihat sebanyak 10 x


posisi110 orang yang mendaftar di posisi 2 10 x 10 pengunjung akan melihat sebanyak 100x


posisi210 orang yang mendaftar di posisi 3 100 x 10 pengunjung akan melihat sebanyak 1.000x

posisi310 orang yang mendaftar di posisi 4 1.000 x 10 pengunjung akan melihat sebanyak 10.000x

posisi4
10 orang yang mendaftar di posisi 5 10.000 x 10 pengunjung akan melihat sebanyak 100.000x
posisi5dan6
Dan seterusnya sehingga secara tidak langsung mendapat kunjungan sampai berjuta-juta kunjungan ke web atau blog yang anda ada.

Tidak ada salahnya untuk mencuba dan promosikan blog atau web yang anda ada dengan cara mudah mendapatkan 1 juta pengunjung unik ini. Mudah bukan!

info sumber : 1millionfreehit.com
dan http://gadogadoblogs.blogspot.com/2010/11/cara-mudah-mendapatkan-1-juta.html

Nak tahu info menarik lain di blog ini? KLIK

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih