Ini adalah episod satu untuk pembohongan UFO ini yang mana adalah episod ke 19 video "the arrival" dan sambungannya adalah pada episod yang ke 20. Untuk mengetahui sila pergi ke http://www.thearrivals.blogspot.com/ .
Video ini sebenarnya adalah sebahagian daripada video yang telah dihasilkan oleh Noreaga Production pada 2008. Secara keseluruhannya terdapat 51 video yang mengandungi 3 fasa yang berkaitan dengan gerakan antichrist. Antichrist yang saya tahu adalah pertubuhan yang membenci semua agama ( Kristian, Islam, Buddha, dsb) dan ingin menguasai dunia dengan pelbagai cara yang kita semua hadapi setiap hari.
Saya sarankan anda untuk membuka minda dan menonton keseluruhan video ini daripada episod 1 hingga ke episod 51. Tak rugi kerana ia berkaitan agama kita dan menambah pengetahuan selain menyedarkan kita tentang situasi sebenar dunia pada hari ini. Sejujurnya setelah menonton video-video ini saya rasa seperti hidup dalam dunia yang telah dirancang daripada bangun tidur sehinggalah tidur semula. Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita semua. Selamat menonton.
p/s: Kesimpulannya tak payah percaya berita seperti kejadian UFO ini. Sebaiknya bagi orang Islam kita wajib untuk mempercayai kewujudan makhluk ghaib yang sudah terbukti ada dan tertulis dalam kitab Al-Quran. Carilah! :)
Nak tahu info menarik lain? KLIK
selalau mengikuti the arrival ni kat youtube.. memang banyak yg kita tak tahu sebenarnya
BalasPadam