Memaparkan catatan dengan label info panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info panduan. Papar semua catatan

2 Jul 2011

10 Perlakuan Yang Memang Merosakkan OTAK!


Salam,

Hari ini rasa nk berblog pula sebab dah lama tak buka judin-perjalananhidup.blogspot ni. Dah bersawang tapi sekarang nak bersihkan sikit-sikit. Ada penyapu dengan penyodok ni, Haha.

Baiklah berkaitan dengan tajuk di atas, saya yakin dan pasti memang ramai yang amalkan dan tak sedar mereka selalu buat. Tak percaya??? Ha... Teruskan pembacaan anda.


10 perlakuan yang memang merosakkan OTAK korang semua!

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kredit kepada MediaSerius.com

p/s: salah satu yang biasa pelajar-pelajar buat adalah yang nombor satu. Betul tak?? Jangan nak tipu ye..

OK macam biasa kalau bermanfaat info ni SHARE je dengan kawan-kawan.

Semoga bermanfaat!

11 Jun 2011

MEE SEGERA - Apa yang ada di dalamnya?

Ini antara bahan yang korang makan selalu tu!

Assalamualaikum...


Agak lama juga saya tidak update post di blog ini, baru-baru ini saya check page rank bagi blog judin-perjalananhidup.blogspot.com dan keputusannya mengejutkan saya! Page rank yang saya perolehi adalah page rank 1! Walaupun bunyinya agak kelakar tapi saya bukan berhabis duit pun untuk naikkan page rank bagi blog ini, hehe. Gembiranya :)

Jadi berbalik kepada tajuk di atas, saya amat tertarik dengan maklumat yang saya baru perolehi ini. Maklumlah, saya kadang-kadang jugak makan Mee Segera ni. Kalau taip di internet ramai yang mencari keywords : knorr, maggie mae, maggie, maggi sauces, maggi recipes, maggi seasoning ingredients, maggi noodles, maggi maggi dan sebagainya.

Tapi saya bukan nak bercerita cara nak buat recipe tapi saya nak beritahu apa yang ada dalam Maggi yang korang selalu makan tiap-tiap hari tu!

Dah bersedia?? Jom kita baca apa yang ada dalam mee segera contohnya (maggi) yang korang selalu makan tu...

Asid Tartarik:
Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ):
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate:
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol:
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


P/S : Salah satu tanda bagi individu penggemar mee segera ni adalah pada matanya, mata putihnya akan kelihatan kuning sedikit. Jika anda mempunyai tanda tersebut, ambil langkah untuk berhenti memakan mee segera dengan segera !

Saya sarankan anda share pada rakan-rakan anda jika anda rasa maklumat ini sangat berguna! Beringat sebelum kena!

22 Mei 2011

>>Dari CEO menjadi penghantar pizza<< Kisah BENAR! Sama2 kita ambil Iktibar


Salam semua,

Hari ni nak post sesuatu yang Izuddin dapat daripada sebuah laman web Malaysia ([url]www.isuhangat.net[/url]) credit to this web :)

"Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah" Itulah yang Izuddin dapat katakan untuk kisah ini. Benarlah yang dikatakan bahawa kadang2 dengan nikmat yang kita ada tidak semestinya akan bertahan sampai bila-bila apatah lagi nak bawa mati! Jom baca kisah ini....

Selama 45 tahun, hidup Ken Karpman kelihatan sempurna. Lulus dengan gelaran sarjana S-1 dan MBA (Master of Business Administration) dari universiti UCLA (University of California), Karpman bekerja dengan gaji yang besar sebagai broker saham.

Dia kemudian berkahwin dengan Stephanie, dan mempunyai dua orang anak. Rutin mereka ialah melancong ke tempat-tempat mahal di seluruh dunia. Setelah 20 tahun menjadi broker, Karpman naik pangkat menjadi CEO di syarikatnya bekerja.


Gajinya pun meningkat menjadi US$750,000 setahun. “Masa itu hidup begitu indah. Kami boleh cetak banyak wang. Entah mengapa keadaan begitu tidak berterusan?” kata Karpman dalam wawancara khas dengan stesyen TV ABC. Dari segala sudut, Karpman dan keluarga pada masa itu hidup dalam “Impian Amerika” (American Dream).

Mereka tinggal di sebuah rumah besar di bandar Tampa, Florida. Rumah mereka dilengkapi dengan padang golf. “Masa itu saya sudah tidak tahu berapa harga barang-barang di kedai. Kami hanya tinggal bawa troli dan ambil sahaja,” kata Karpman.

Dia pun begitu percaya diri dengan kemampuannya membuat banyak wang. Maka,pada tahun 2005 dia meninggalkan syarikat tempat dia bekerja dan membuka perniagaan sendiri. Untuk mendirikan perniagaannya sendiri sekaligus meningkatkan taraf hidup, dia Karpman mengeluarkan modal US$500,000 dari simpanannya. Seperti kebiasaan orang-orang Amerika, Karpman juga membuat kredit dalam jumlah besar dengan jaminan rumah.

Namun, badai krisis kewangan menerpa Amerika Serikat (AS). Karpman tak mampu menarik investor sehingga syarikatnya tutup. Sejak itu, dia menjadi penganggur dan sukar mendapat kerja. Padahal, di masa lalu, Karpman tak perlu sukar mencari kerja.

“Dulu, semasa temuduga kerja, saya boleh jadi bersikap kurang ajar kerana sayalah yang selalu bertanyakan penemuduga apakah syarikatnya cukup layak mempekerjakan saya,” kata Karpman dalam wawancara tersebut.

“Sekarang, saya yang berharap-harap minta kerja sambil memegang topi di tangan,” lanjut Karpman.

Dengan keadaan dia susah mendapat kerja, tabungannya habis untuk keperluan hidup dia dan keluarga sehari-hari. Bahkan, keluarga Karpman kini harus menanggung hutang ratusan ribu dolar dan rumah mewah hampir disita pihak peminjam.

Mereka pun tak mampu menanggung kos pendidikan anak-anak di sekolah swasta yang mencapai US$30,000.Namun mereka bersyukur ada seorang dermawan yang membantu menaja wang sekolah anak-anak mereka sehingga tahun depan.

Maka, Karpman sudah bertekad, kerja apapun dia akan lakukan asalkan mendapat wang. Dia pun bersedia turun darjat.

Karpman tidak lagi mencari pangakat-pangkat yang besar, dia pernah memohon kerja sebagai bartender (pelayan minuman) namun ditolak. Isterinya, Stephanie, kini juga akan menjual baju-bajunya yang banyak di almari pakaian di kedai-kedai lelong.

Akhirnya Karpman mendapat pekerjaan baru. Namun, bukan lagi sebagai eksekutif melainkan sebagai penghantar pizza di restoran Mike’s Pizza & Deli di bandar Clearwater.

Pemilik restoran, Mike Dodaro, berasa pelik semasa melihat Karpman datang ke tempatnya untuk temuduga kerja dengan memandu kereta mewah Mercedes Benz.

Dodaro pun terkejut semasa membawa CV (sejarah pendidikan dan pekerjaan) Karpman. Untuk menjadi penghantar pizza dari rumah ke rumah tidak perlu bergelar MBA dan berpengalaman sebagai pengurus broker saham.

Dengan kata lain, Karpman adalah over-qualified. Namun, Karpman tetap mengambil kerja itu.

Dia rela dibayar gaji US$7.29 sejam – belum termasuk tips.

Karpman tidak peduli dengan reaksi isterinya yang hairan dengan profesion suaminya pada masa ini. “Menurut saya, yang paling buruk adalah semasa rakan saya datang dan sambil berkata, ‘Boleh pinjam wangmu?’ Menjadi pengantar pizza pun sudah kemajuan,” lanjut Karpman.

Macam mana? Sama2 kita ambil iktibar ye :)

Kalau rasa best info ni klik je SHARE :P

18 Mei 2011

Merawat Dan Memutih Wajah Dalam Islam



Assalamualaikum..

Bila kita sebut pasal memutihkan wajah mesti terbayang pencuci muka yang mahal-mahal dan berhasil memberikan kesan dalam 4 minggu. Namun tahukah kita dalam Islam telah menggariskan cara untuk kita merawat malah memutihkan wajah kita yang sangat kita sangat sayang ini.

Ketahuilah bahawa terdapat cara yang mudah dan FREE je untuk mendapatkan wajah idaman tidak kira umur dan lapisan masyarakat. Baca di bawah ini.


1.DENGAN BERWUDUK

Berdasarkan Al-Qur’an Surat Al-Maidah 6 :

“Hai orang orang yg beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan tanganmu sampai dengan kedua mata kaki .
Ketika membasuh wajah dalam berwuduk

Ya Allah jadikanlah wajahku putih berseri di hari putihnya muka muka dan hitamnya muka muka”.

“Allahumma bayyidh wajhii yauma tabyadhdhu wujuuh wa taswaddu wujuuh”


2. Ketika bersikat / bercermin

Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku / akhlakku
“Allahumma kamaa hasanta kholqi fa hassin khuluqii”


3. Ketika dalam solat

Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.

“Wajahtu wajhiya lilladzi fathoros samaawaati wal ardho haniifan musliman wa maa ana minal musyrikiin”.


4.DENGAN SUJUD


“Sajada wajhi lilladzii kholaqohu wa showwarohu wa saqoo sam’ahu wa bashorohu fatabarokallahu ahsanul khooliqiin”.
Aku sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan rupa dan memberinya pendengaran dan penglihatan, Maha Berkat Allah Sebaik baik Pencipta.


5. DENGAN MEMBERI SALAM


Ketika kita mengucapkan “salam” kepada saudara kita sesama muslim, secara automatik wajah kita cerah/ berseri seri.
Hadis Nabi :
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sekecil apapun, seperti kamu menemui sudaramu dengan wajah berseri seri”.


6. DENGAN MEMPERBANYAKKAN SENYUMAN


Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.
“Tabassumuka fii wajhi akhiika sodaqoh”

Ketenangan hati kerana berzikir dan sujud membuat wajah kita mudah senyum, wajah kita damai, wajah merupakan jendela untuk melihat apa yang bergejolak di dalam hati.


7. DENGAN MENGHILANGKAN IRI DAN DENGKI


Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki , tentunya akan sukar sekali tersenyum, bahkan mukanya akan selalu masam, berkerut, muram dan sinis.

Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyuman dan penuh kelembutan.


8. DENGAN MENYAYANGI ANAK-ANAK YATIM


Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.


HASIL PERAWATAN WAJAH


Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat : wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan :
1)Golongan yang wajahnya putih berseri
2)Golongan yang wajahnya hitam

Di hari kiamat kita dikenali dengan bekas bekas sujud di wajah kita. ( ta’rifu fii wujuuhihim min atsaris sujud )

Posted @ www.isuhangat.net


Klik share button di sebelah tajuk artikel ini sekiranya anda rasa artikel ini menarik!

Semoga bermanfaat :)

30 Apr 2011

Cendekiawan Jepun Terjemah al-Quran


Jepun dikenali dengan teknologinya. Namun, cendekiawan yang bernama Toshihiku Izutsu agak istimewa. Beliau bukanlah pakar dalam bidang teknologi sebaliknya beliau adalah 'pendakwah' dalam melebarkan dakwah islamiyyah bagi dunia islam hari ini.

Toshihiku Izutsu (1914-1993) merupakan seornag professor yang telah menterjemahkan al-Quran dalam bahasa Jepun pada tahun 1958. Kegigihan dan usaha beliau memang wajar diberikan penghormatan. Kemampuannya menguasai lebih 20 bahasa milik bangsa-bangsa bertamadun utama dunia seperti bahasa klasik sanskrit, Hebrew, Cina, Turki dan Arab dianggap menakjubkan.

Cendekiawan Islam dunia menilai Izutsu sebagai gabungan orientalis timur dan barat. Namun, mereka bersetuju bahawa Izutsu tidak terpengaruh dengan budaya orientalis barat dan berpendirian teguh mengkaji berdasarkan aspek ilmu keagamaan dan falsafah.

Walaupun terdapat kekurangan dalam kajiannya kerana terpengaruh dengan pamahaman agama semantik dan zed buddha yang kuat di Jepun, ilmu dan karyanya tidak boleh dipinggirkan. Ia merupakan aset Islam di Jepun oleh cendekiawan yang digelar 'Bapa Yayasan Pengajian Islam Jepun' ini.

ps: Orang Jepun memang dalam semua perkara jadi memang menakjubkan sampai boleh terjemah al-Quran dalam bahasa Jepun! Di mana usaha kita untuk menegakkan Islam di Malaysia ini.

23 Apr 2011

Jangan minum air putih sambil BERDIRI !

Assalamualaikum..

Satu penemuan yang membahayakan kesihatan. Saya ada terbaca berkaitan dengan info ini. Jadi saya rasa amat perlu untuk kita sama-sama baca dan amalkan.

Kita dah selalu dengar bahawa kita dikehendaki untuk minum air PUTIH sebanyak mungkin. Namun jika salah cara kita meminumnya boleh mengundang penyakit SENYAP!

Suatu kajian kesihatan akupuntur yang dilakukan oleh salah seorang ahli akupuntur, membuktikan bahawa air minum yang masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri. Air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah satu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.

Sebaliknya, jika kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring. Air itu boleh terus masuk menuju kekandung kemih. Ketika menuju ke kandung kemih, maka akan berlakulah pengendapan di saluran ureter.

Kerana terlalu banyak limbah-limbah yang terhasil di ureter maka perkara ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang amat berbahaya.

P/S : Jika anda mengalami kesukaran kencing, anda perlu berhati-hati selepas ini kerana itu adalah antara kesannya.


Cara mengatasinya :

1. biasakan minum duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru

Semoga bermanfaat. Tulis suka sekiranya anda suka :)

22 Mac 2011

KENTUT Ada Khasiatnya! Anda Tahu?

Salam...

Sudah hampir sebulan tak update blog ni. Walaupun demikian setiap hari lebih daripada 10 orang yang akan datang melawat blog usang aku ini. Terima kasih! Terharu walaupun tak ramai tapi boleh la kan.. hehe

Berkaitan dengan tajuk di atas mesti ramai ramai yang tertanya-tanya. Rupanya ada khasiat di sebalik kentut yang setiap orang pasti lalui tiap hari! hahaha..

Ceritanya bermula begini,

WASHINGTON..

Pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

“ Kentut , jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya menambah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut memulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Sedar tak kita setiap ciptaan Allah walaupun buruk pada pandangan mata manusia namun ada hikmah yang sangat besar yang memang sudah pasti kita tak ketahuinya!

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat, ingatlah orang tersayang!! :p

8 Mac 2011

Sejarah Masjid Kampung Tempoyang


Assalamualaikum..

Pada hari ini nak berkongsi berkaitan dengan Sejarah Masjid Kampung Tempoyang.

Kenapa pilih masjid?

Sebabnya saya sembahyang jumaat dekat sini. Jadi adalah baik untuk kita mengetahui sejarah ataupun asal-usul sesuatu tempat kita bermukim :)

Masjid yang indah ini dibina oleh kerajaan pada tahun 1987 ( saya belum lahir lagi!) bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung menunaikan ibadah. Masjid yang bernilai RM350,000 ini terletak kira-kira 4 km dari bandar Kuala Lipis manakala keluasan dewan solatnya mampu menampung seramai 500 orang jemaah dalam satu masa.

Sepuluh tahun selepas siap dibina iaitu pada tahun 1997, masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Lokasinya yang terletak di atas bukit dan berhampiran dengan jalan utama dari bandar Kuala Lipis menuju ke Kelantan menjadikannya satu tempat persinggahan para musafir yang ingin bersolat dan berehat. Dua kubah dan atapnya yang berwarna biru laut mengindahkan lagi suasan persekitaran masjid ini.

Masjid ni dalam masa dua tahun saya di Kuala Lipis dah mengalami beberapa perubahan. Antara terdapat ruang kolah di sebelah kanan masjid untuk memudahkan mengambil wudhuk manakala di sebelah kirinya pula didirikan dewan kecil untuk makan.

Selama dua tahun saya Berjalan Melihat Mentafsir kawasan Kuala Lipis, tiada banyak perubahan yang berlaku :). Walaupun begitu ketenangan berada jauh dari kesesakan bandar kadang-kadang mendamaikan juga!

p/s : tak sempat lagi nak baca sejarah masjid dan kampung sendiri :P

6 Mac 2011

Negara Yang Mempunyai Nilai Membeli Secara Online Yang Tinggi


Assalamualaikum,

Untk post kali ini saya nak kongsi info yang saya dapat dari sebuah laman web berkaitan

Negara Yang Mempunyai Nilai Membeli Secara Online Yang Tinggi

Dari segi online transaction adalah United States, Finland, Iceland, Canada and the Netherlands yang di ranked paling tinggi purchase in e-commerce berdasarkan report oleh META Group. Indikator ini juga diukur mengikut beberapa faktor lain seperti kesedaran, tahap pendidikan, kewangan dan potensi market. Untuk melengkap ranking ini, negara seperti Sweden, Australia, Denmark, Ireland dan New Zealand juga boleh dilabelkan antara yang op dalam online transaction.

Jangan terkejut kerana Malaysia menduduki tangga kedua di Asia dibelakang South Korea. Perkembangan positif ini adalah kerana prestasi memberansangkan negara kita dalam mengawal krisi ekonomi baru-baru ini. Jepun agak kureng sikit sebab keadaan ekonomi mereka masih tidak stabil membuatkan rakyat kurang berbelanja termasuklah di dalam internet. Australia dan New Zealand juga tidak kurang hebat kerana mereka literate, educated, technologically savvy serta sanggup berbelanja didalam Internet.

Falkland Islands (populasi 2,546) mempunyai kepenggunaan 100% internet, maksudnya setiap seorang ada line internet (18 tahun keatas) tetapi mereka antara yang terendah dalam membelanja dalam internet. Malaysia pula di tangga ke 40 dengan 64% dari populasi negara mempunyai internet. Tahap kesedaran untuk e-commerce? belum cukup tinggi mungkin kerana khuatir dengan fraud dan scam.


Source:
- ecommerce-guide.com
- internetworldstats.com
- internet.com
- gartner.com
- World E-Commerce and Internet Market Report (WECIM)
- META Group

Info lain yang berguna:
- Consumer Online Shopping Attitude & Behaviour (Syracuse University)
- Demographics and On-line Shopping Purchasing Behaviour

28 Feb 2011

Kopi Masin


Kopi Masin. Kisah Sebuah Kebohongan Yang Terindah.

Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”

Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.

Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat… betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,

“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

p/s: memang best Kopi Masin :)

Posted @ www.isuhangat.net

20 Feb 2011

Orang Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

Assalamualaikum...

Tengah cari2 tazkirah tetibe trjmpe tajuk ini, mmg menarik !

Dilulus terbit pada Tuesday, December 02 @ 19:52:08 MYT oleh TokPenghulu


Oleh jeritan_batinku

"Ini bukan nak kempen , percaya atau tidak, inilah nasyidnya.! Sebenarnya nasyid ada peranan besar dalam dakwah islam.

sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik.ertinya muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya.

Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat dari vokalnya bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyian rabbani dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9.

Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh!

Ada beberapa syur saya utk perkara ini.

1. Adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau

2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.

saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb.

kepada penasyid usahlah bimbang tentang muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna,disitulah kelainannya! Saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya.

Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun rasa sudah terkesan.

Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan khususnya dan abang nazrey yg telah meletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar maknanya.

sumber : http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/13080-cina-masuk-islam-kerana-nasyid.html

p/s: tetiba rasa bertambah semangat untuk meneruskan nasyid ni. Medan dakwah yang tiada sempadannya :)

13 Feb 2011

Algeria Ikut Jejak Langkah Mesir!


Assalamualaikum...

Kelmarin Mesir baru sahaja beroleh kemenangan dengan peletakan jawatan oleh Hosni Mubarak. Satu revolusi yang saya anggap sebagai salah satu petanda ke arah kemenangan Islam yang bakal menjelma tidak lama lagi. Allahu Akbar!

Baiklah, maklumat yang baru saya terima mengatakan bahawa negara Algeria pula sedang melakukan demosntrasi dan rusuhan menuntut supaya pemimpin mereka meletakkan jawatan, Presiden Abdelaziz Bouteflika yang telah memerintah Algeria sejak daripada tahun 1999.

Beribu orang anti Presiden Abdelaziz Bouteflika berdemonstrasi di ibukota Aljazair, Algeria, Sabtu 12 Februari 2011. Demonstrasi itu berlangsung sehari setelah rakyat negara tetangga mereka, Mesir, merayakan mundurnya Presiden Housni Mubarak.

Harian The Guardian mengungkapkan bahawa aksi demonstrasi itu juga menuntut pemerintah menarik status keadaan darurat, yang telah berlaku selama 19 tahun. Mereka juga menuntut dijamin kebebasan berdemokrasi, dan mengkehendaki perubahan sistem politik di Algeria.

Mereka juga melaungkan slogan "Kelmarin Mesir, Hari ini Algeria" dan berharap supaya pemerintah ini turut meletakkan jawatannya seperti Hosni Mubarak yang telah meletak jawatannya selepas 18 hari rusuhan.

Presiden Algeria, Bouteflika dituduh oleh pembangkang selalu memanipulasi keputusan pilihanraya agar terus berkuasa. Walaupun dilarang untuk melakukan demonstrasi, namun penduduk Algeria tetap berani melakukannya dan sejak kebelakangan ini juga demonstrasi ini juga semakin lama semakin berleluasa. Pernah juga berlaku pertempuran antara polis dan rakyat namun tiada sebararang kecederaan yang dilaporkan.

p/s: semoga Algeria berjaya mengikut jejak langkah Mesir! Hanya masa yang menentukan.
Diedit daripada : www.isuhangat.net

Semoga Bermanfaat!

5 Feb 2011

Jom Belajar Buat Pantun MODEN

Maher Din dan Prof. Ezzy sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di bilik study. Maher Din sedang menyiapkan tugasannya berkaitan dengan pantun dan asyik menggaru-garu kepalanya dari tadi. Prof. Ezzy yang melihat pun naik pening melihat perlakuan Maher Din.

Prof Ezzy : Ko ni ada masalah ape? Dari tadi aku tengok ko asyik garu kepala je, gatal sangat ke kepala ko tu?

Maher Din : Aku kena buat pantun la. Aku memang tak pandai langsung buat-buat pantun ni dari kecil. Mak Bapak aku pun x pernah ajar aku.

Prof Ezzy : Senang aja nak buat pantun ni, ko tu je yang malas nak berfikir dan malas nak berlajar, banyak buang masa je.

Maher Din : Eh, macam tahu-tahu je aku banyak buang masa!

Selalu aku lepak kat Garden,
Kadang-kadang aku tengok kartun,
Maklumlah aku generasi moden,
Mana tahu sangat berpantun.

Prof Ezzy : Ha! Itu pantun la namenye!

Maher Din : Iye ke? Haha... Pantun MODEN!

p/s : semoga anda ada idea untuk membuat pantun-pantun mudah macam di atas ni!

Semoga Bermanfaat!

2 Feb 2011

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)


Assalamualaikum....

Cuti masih berjalan. Banjir dalam Malaysia belum reda lagi. Rusuhan dan kebangkitan suara belia semakin meningkat di Mesir. Banyak perkara berlaku setiap hari tapi apakah sumbangan kita kepada Islam pada hari ini??? Saja membuka minda anda semua (kepada y muslim).

Baiklah itu adalah sedikit tazkirah sebelum masuk kepada tajuk pada hari ini :) hehe. Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman!

Ok masuk kepada tajuk di atas, saya dapat tip ni daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 2 Feb 2011 dan saya rasa amat bagus untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekalian.

Caranya adalah seperti berikut :

1) Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. (saya baru tahu!)
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) Papan kekunci.
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada "Turn Off monitor in... minutes".
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan "Dead pixel". (Pun baru tahu juga!)
4) Haba panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) Surge Protector
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan unutk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu keras (HDD) dan lunca kuasa (Power Supply).
6) Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Terima kasih kerana datang ke teratak saya yang tak seberapa ini! hehe..

Semoga bermanfaat!

19 Jan 2011

7 tabiat orang yang amat berkesan

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi berkaitan dengan pembaca sekalian berkaitan dengan 7 tabiat orang.

Saya percaya rakan-rakan pernah terbaca akan buku 7 tabiat orang yang amat berkesan ini. Ataupun pernah menghadiri kursus ini di tempat anda.

Jadi, mari kita bincangkan sama-sama tentang hal ini dan membiarkan tabiat ini meresap ke dalam diri kita. Untuk menjadi orang yang amat berkesan atau berjaya dalam semua peranan dalam hidup, tabiat ini adalah yang amat sesuai.

Untuk hidup berjaya, menjalinkan hubungan yang baik, meningkatkan kemahiran dan ilmu serta meninggalkan nama yang mulia dan disanjungi, maka amalkanlah tabiat ini.

1. Be Proactive
2. Begin With End In Mind
3. Put First Thing First
4. Think Win-Win
5. Seek to Understand then to be understood
6. Sinergy and
7. Sharpen the Saw.

Barulah anda merasa kehidupan ini penuh bermakna.
Harap bermanfaat :)

15 Jan 2011

Senaman Mata


Assalamualaikum...

Lama dah tak upadate blog ni.. maaf kepada semua..

Baiklah untuk mengubat kerinduan semua saya ingin berkongsi tips yang menarik berkaitan dengan mata. Mata adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Sehingga ke saat artikel ini ditulis tiada siapa yang menyangkal bahawa mata adalah anugerah Allah yang tiada gantinya.

Untuk senaman mata yang nak saya ajar ni boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama.

Berikut adalah 3 latihan senaman mata tersebut:


1. 20-20-20

Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit.

Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti menghadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda.

Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.

2. Memutar mata


Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata.

Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.

3. Jarak fokus

Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh.

Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat.

p/s: Itu sahaja latihan senaman mata yang boleh dilakukan di mana sahaja. Ilmu tanpa amal pasti sia-sia. Jadi saya berharap kepada pembaca agar bersama-sama mengamalkan ilmu baru yang kita dapat ni.

Semoga bermanfaat :)

11 Jan 2011

PELABURAN EMAS


Assalamulaikum...

Sejak akhir-akhir semakin ramai yang memperkatakan bisnes atau perniagaan berkaitan dengan emas. Maklumlah, harga emas kan sentiasa naik. Pelaburan emas merupakan salah satu pelaburan yang baik dan lumayan kerana harga emas walaunpun turun pada satu-satu ketika namun(sangat sedikit graf penurunan harganya) harganya pasti akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun malah dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas ini, saya cadangkan anda rajin-rajinlah menimba ilmu yang mendalam berkaitan dengan pelaburan emas ini kerana setiap pelaburan pasti mempunyai risiko dan dengan menambah ilmu dapat meminimumkan risiko "rugi" ataupun tertipu dengan orang yang mengatakan kononnya dirinya pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelaburan emas ini.

Saya bukanlah tahu semua perkara berkaitan dengan pelaburan emas ini namun saya boleh mencadangkan kepada anda satu laman web yang memberikan perkongsian yang baik berkaitan dengan pelaburan emas ini. Anda boleh layari blog tersebut di sini

Blog ini menyalurkan perkongsian ilmu mengenai panduan dan teknik-teknik membuat duit melalui pelaburan emas di Malaysia sama ada dinar emas, public gold, etika emas, kijang emas, gold saving, gold saving passbook, maybank gold saving, public gold, public dinar.

Selain itu, pelbagai tip yang boleh didapati oleh pengguna dalam meningkatkan kelebihan mengenai kelebihan emas. Terdapat juga analisa harga emas, forum untuk untuk berinteraksi dan berdiskusi, dan pelbagai artikel menarik yang boleh dijadikan rujukan. Mari kita lawati blog ini di sini.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

5 Jan 2011

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum...

Hari ni nak berkongsi pengumuman terbaru berkaitan dengan MUET..
Kepada sesiapa yang mengambil MUET pada tahun 2010 sila ambil perhatian ye!


Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan
Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 6 Januari 2011.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi .
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mulai pukul 9:00 pagi
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos

Seramai 94,117 orang calon menduduki MUET Akhir Tahun ini di 991 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Pertengahan Tahun 2011

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Akhir Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian pertengahan tahun 2011.

Mereka yang berminat menduduki MUET Pertengahan Tahun 2011 dikehendaki membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mesp.gov.my/online sebelum 27 Januari 2011 ini.

Sumber : BERNAMA

p/s: Alhamdulillah dah ambil MUET, cukup-cukup makan je... hehe Good Luck kepada yang ambil MUET semoga mendapat result yang bagus!

3 Jan 2011

HARAM berkahwin wanita satu kelas!


Maher Din dan Khairul Fahmi yang baru balik dari solat jemaah Jumaat di Masjid Kampung Sungai Limau Sungai Besar, berborak-borak sambil berjalan.

Khairul Fahmi: Aku nak kawin la Din

Maher Din: Alhamdulillah, dengan budak mana tu?

Khairul Fahmi: Satu kelas Din..

Maher Din: Ish mana boleh kawin satu kelas… haram tuh!

Khairul Fahmi: (mula hangin) ko jangan memandai buat hukum sendiri la Maher Din!

Maher Din: Betullah! Sengal2 aku selalu dengar ceramah agama tau!

Khairul Fahmi: Ko ni dah belajar ajaran sesat agaknya

Maher Din: Takde la , lu tanyalah mana-mana ustaz pun.

Khairul Fahmi: Ok, ok cuba ko cakap sebab apa haram?

Maher Din: Islam suruh kahwin paling ramai 4 orang jer… kalau dah satu kelas ko yang ada 20-30 org perempuan tu kan ke haram?

Khairul Fahmi: Cis! terkena lagi aku……

30 Dis 2010

Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin

Assalamualaikum,

Setelah selesai menghabiskan bacaan buku Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem, sekarang tibalah masanya untuk meneruskan pembacaan ke buku yang seterusnya. Memang nak buat "road show" ni tapi untuk Novel Sejarah Islam la, hehe.

Berkaitan dengan buku Salahudin Ayubi, memang jelaslah betapa ceteknya ilmu yang aku ada berkaitan dengan sejarah Jerusalem itu sendiri. Sedih rasanya semasa membaca buku ni semasa membayangkan keadaan umat Islam semasa penaklukan Jerusalem atau Palestin pada 1099 Masihi atau 490 Hijrah oleh tentera Salib.

Menurut Bahaudin (beliau adalah sahabat Salahudin yang paling rapat sejak kecil lagi) dalam buku catatannya,

"Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian yang tumpah semasa tentera Islam menawannya".

Dengan penaklukan semula Jerusalem oleh Salahudin Ayubi pada 1187 , semua lambang salib diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera Islam selepas semua orang Kristian keluar daripada Jerusalem. Azan berkumandang semula di Masjid Aqsa buat pertama kalinya selepas lebih lapan puluh tahun! Subhanallah Maha Suci Allah yang membebaskan semula Palestin.

Semoga Palestin aman semula tidak lama lagi! InsyaAllah itu yang kita kena yakin. Untuk buku yang seterusnya ini iaitu Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin, harap-harapnya dapat dihabiskan dalam masa yang terdekat ni dan menyambung semula dengan Novel Sejarah Islam yang lain. Amin... :)

Semoga bermanfaat. Nak tahu info yang lain? Disni

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih