Memaparkan catatan dengan label belajar buat pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar buat pantun. Papar semua catatan

8 Dis 2011

Belajar Buat Pantun Moden Edisi 2

Assalamualaikum.. 

Ini adalah sambungan daripada versi buat pantun moden edisi 2 Mei 2011, 
Sama-sama kita hayati pantun dibawah ini :)




BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH. ♥ ISLAM



Kesimpulannya... Senang je sebenarnya nak buat pantun moden ni. Sama2 lah kita fikirkan ye :)

5 Feb 2011

Jom Belajar Buat Pantun MODEN

Maher Din dan Prof. Ezzy sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di bilik study. Maher Din sedang menyiapkan tugasannya berkaitan dengan pantun dan asyik menggaru-garu kepalanya dari tadi. Prof. Ezzy yang melihat pun naik pening melihat perlakuan Maher Din.

Prof Ezzy : Ko ni ada masalah ape? Dari tadi aku tengok ko asyik garu kepala je, gatal sangat ke kepala ko tu?

Maher Din : Aku kena buat pantun la. Aku memang tak pandai langsung buat-buat pantun ni dari kecil. Mak Bapak aku pun x pernah ajar aku.

Prof Ezzy : Senang aja nak buat pantun ni, ko tu je yang malas nak berfikir dan malas nak berlajar, banyak buang masa je.

Maher Din : Eh, macam tahu-tahu je aku banyak buang masa!

Selalu aku lepak kat Garden,
Kadang-kadang aku tengok kartun,
Maklumlah aku generasi moden,
Mana tahu sangat berpantun.

Prof Ezzy : Ha! Itu pantun la namenye!

Maher Din : Iye ke? Haha... Pantun MODEN!

p/s : semoga anda ada idea untuk membuat pantun-pantun mudah macam di atas ni!

Semoga Bermanfaat!

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih