Sebatang Pensel hasilkan 56 kilometer garisan
Assalamualaikum kepada semua...Hari ini tiba2 tergerak hati untuk bercerita berkaitan dengan pensel.Sebelum tu, pagi tadi baru tolong ayah ambil hasil sawit. Boleh la tahan dapat hasil. Harga bagi 1 tan (1000 kg) adalah RM 630 (berubah-rubah ikut harga sawit dunia) dan tadi dapat dalam 800 kg. Kira la sendiri kitorang dapat berapa kan.. hehe..
Tandan kelapa sawit (google)
Saja aku cerita sawit sekejap sebab dapat rasa macam mana ayah aku carik duit besarkan keluarga. Dapat memotivasikan diri sendiri dan pembaca sekalian untuk berusaha bersungguh-sunggug dalam apa sahaja yang kita lakuakn. OK , masuk kepada topik asal berkaitan pensel. Ini adalah info daripada majalah estidotmy. Masa sekolah rendah dulu selalu main pensel sampai patah-patah. Bila aku terbaca pasal pensel ni menyesal pulak (membazir, hehe).
Baiklah berkaitan dengan pensel ni, sejak di bangku sekolah lagi pelajar dah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang telah dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna atau arang.
Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan.
Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel telah dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh menghasilkan garisan mengelilingi bumi sebanyak sembilan kali. Berbeza dengan pen yang menggunakan cecair, tanda yang dibentuk menggunakan pensel boleh dihilangkan menggunakan getah pemadam.
Memberikan revolusi kepada alat tulis berkenaan, ia kini telah dicipta dalam bentuk mekanikal untuk penggunaan yang lebih mudah dan selesa.
p/s : kadang-kadang suka tengok budak unit PSV melukis guna pensel sebab sangat cantik, rasa nak belajar tapi masih belum berpeluang (impian dari zaman kecik2 lagi, huhu) :)
Nak tahu info menarik lain? KLIK
menarik. i like this entry. he3
BalasPadamtq. jemput baca lain-lain en3 juga :)
BalasPadam