Harimau sedang mengaum
Comel kan harimau ni? hehe OK hari ni nak berkongsi dengan semua pembaca tentang keistimewaan harimau yang tidak kita semua tahu.
Bunyi ngauman harimau yang kuat dan garang pula adalah bertujuan untuk menggerunkan musuh serta mangsanya. Selain bunyi tersebut, binatang itu juga mempunyai keistimewaan mengeluarkan bunyi yang sangat senyap yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia.
Bunyi berfrekuensi rendah ini berfungsi memberi amaran mengenai kehadiran di sempadan kawasannya. Selain itu, ia turut digunakan untuk berkomunikasi , memikat dan merupakan bahasa teguran sesama mereka. Kajian penyelidik mendapati, bunyi berfrekuensi rendah sebenarnya adalah lebih baik berbanding berfrekuensi tinggi kerana jarak liputannya tidak terjejas oleh masalah cuaca seperti kelembapan.
Ia juga tidak akan terganggu disebabkan muka bumi tanah yang menjadi faktor penting dalam komunikasi untuk harimau yang tinggal di dalam hutan. Apa yang unik, bunyi itu dikatakan boleh mencapai jarak sehingga lapan kilometer!
p/s: Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan kita setiap ciptaannya ada keistimewaan yang boleh kita hayati yang mana boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt. Di dalam al-Quran, Allah menyuruh kita melihat dan memerhati tentang diri kita, ( wa fi anfusikum afala tubsirun..) bermaksud “ dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memerhatikannya? Allah menyuruh kita berfikir walaupun dengan hanya melihat kepada diri sendiri, kerana di sana terbukti kehebatan-Nya sebagai pencipta Yang Maha Bijaksana.
Nak tahu info menarik lain? KLIK
blogwalking friends...
BalasPadamhttp://andi-iccank.com