20 Jan 2011

Fakta Menarik Khasiat Mandi

Assalamualaikum..

Hari tajuk post pelik sedikit. Bagus juga ada perubahan kan, hehe.

Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau busuk kan? Hihi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.

Mari kita ketahui fakta menarik khasiat mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang mengganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.

6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.

Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Baru la wangiii. Hehe. Tapi janganlah terlalu kerap pulak, nanti tinggi pulak bil air yang kena bayar. Hihi. Jadi, secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari.

Semoga info ini bermanfaat kepada anda!

6 ulasan:

  1. Kesimpulannya, mandi memang baik utk kesihatan, kan?

    BalasPadam
  2. ye betul tu, 2 dalam satu! hehe

    BalasPadam
  3. mandi..ermm..nanti saye fikir..

    BalasPadam
  4. mandi pun malas?? haha x tau nk cakap pe :P

    BalasPadam
  5. sangat berguna artikel ini untuk mendatangkan semangat untuk mandi, especially for those yang di oversea dan bercuaaca sejuk.

    Namun, hendak diingat, mandi air sejuk ketika cuaca sekeliling panas hanya akan menyebabkan badan menjadi lebih panas dan tidak selesa.

    Mandi air sejuk ketika cuaca sejuk pula amat berguna untuk memanaskan badan secara semulajadi.

    wallahualam

    BalasPadam
  6. Haha.. bese orang kat overcea ni malas mandi! Sory ye but that is the fact.. X pe mandi pelan2 la hahah.. tu pn kalau dh malas sangat.. Thanks to Hawa :)

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih