20 Mei 2012

Cara nak tambah berat Badan!



Assalamualaikum.. Terima kasih kepada yg masih support saya walaupun blog ni dah bersawang agak lama.. Sibuk sangat sem ni dengan praktikum dan program2 besar yang lain. 

Baiklah kali ni saya nk kongsi dengan semua cara-cara nak tambah berat badan dengan cara yang seimbang. Aku pun sebenarnya bercita-cita nak tambah berat badan ni. Tak naklah orang panggil kuruc macam cicak kubing je~ huhu.. 

Mari kita baca dan adaptasi dalam kehidupan kita tentang langkah-langkah untuk tambah berat badan dengan cara yang seimbang!

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan

8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil

-jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan..mane tahu menjadi ker...

jom kita tambah berat badan lg...:senyum:....(^,^)

4 ulasan:

  1. terima kasih...harap2 cye bley cpat2 naikan berat badan (peace)

    BalasPadam
  2. OK insyaAllah berjaya :) X cuba x tau.. Dh cuba komen sendiri! hehe

    BalasPadam
  3. Sy nk pun nk cuba. Tambah dgn ambil supliment vitalea+b cmplex ngan mealshake. Hrp dpt buat review yg positif kt blog sy nnt.heheh

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih