2 Feb 2011

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)


Assalamualaikum....

Cuti masih berjalan. Banjir dalam Malaysia belum reda lagi. Rusuhan dan kebangkitan suara belia semakin meningkat di Mesir. Banyak perkara berlaku setiap hari tapi apakah sumbangan kita kepada Islam pada hari ini??? Saja membuka minda anda semua (kepada y muslim).

Baiklah itu adalah sedikit tazkirah sebelum masuk kepada tajuk pada hari ini :) hehe. Sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman!

Ok masuk kepada tajuk di atas, saya dapat tip ni daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 2 Feb 2011 dan saya rasa amat bagus untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekalian.

Caranya adalah seperti berikut :

1) Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. (saya baru tahu!)
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) Papan kekunci.
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada "Turn Off monitor in... minutes".
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan "Dead pixel". (Pun baru tahu juga!)
4) Haba panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) Surge Protector
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan unutk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu keras (HDD) dan lunca kuasa (Power Supply).
6) Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Terima kasih kerana datang ke teratak saya yang tak seberapa ini! hehe..

Semoga bermanfaat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih