7 Dis 2010

HULAGU KHAN - Khabar Hitam dari Timur


Assalamualaikum...

Hari ini aku baru sahaja habis membaca sebuah Novel Sejarah Islam yang bertajuk Hulagu Khan, Khabar Hitam dari Timur. Buku ni memang sejarah yang penting bagi aku sebab beliaulah orang yang telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Abbasiah yang dah bertamadun selama 500 tahun! Lama tu! 

Hulagu Khan jugalah orang pertama yang berjaya menawan kota Islam yang digelar kota 1001 malam iaitu Kota Baghdad. Bila aku baca buku ni barulah baru aku betapa dashyatnya "MUSUH DALAM SELIMUT" sampaikan mampu menjatuhkan sebuah kerajaan. Bila korang baca akan paham macam mana kota Baghdad ni boleh tumbang di tangan orang Monggol, bangsa yang terkenal dengan ganas dan kejam. 

Orang Monggol ni boleh makan apa sahaja selain batu, besi dan kayu! Orang Monggol jugalah yang menyebabkan semua buku-buku dan karya orang Islam selama beratus-ratus tahun hilang macam tu sahaja. Sedih sangat bila baca buku ni.

Untuk tahu lebih lanjut boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual buku Islamik yang berhampiran. Tak rugi membaca selain mengisi masa lapang ni. Semoga bermanfaat.

Nak tahu info menarik lain di blog ini? KLIK

4 ulasan:

  1. try lak bace ikramah..
    best !
    double thumbs up :]

    BalasPadam
  2. ok dalam proses nak baca buku lain juge :)

    BalasPadam
  3. oh, series sejarah Islam ni sgt seronok dbaca. sudah aku koleksikan. ^^

    BalasPadam
  4. saya juge dalam proses menghabiskan beberapa koleksi buku ini.. harap berjaye :)

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih