Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

30 Dis 2010

Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin

Assalamualaikum,

Setelah selesai menghabiskan bacaan buku Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem, sekarang tibalah masanya untuk meneruskan pembacaan ke buku yang seterusnya. Memang nak buat "road show" ni tapi untuk Novel Sejarah Islam la, hehe.

Berkaitan dengan buku Salahudin Ayubi, memang jelaslah betapa ceteknya ilmu yang aku ada berkaitan dengan sejarah Jerusalem itu sendiri. Sedih rasanya semasa membaca buku ni semasa membayangkan keadaan umat Islam semasa penaklukan Jerusalem atau Palestin pada 1099 Masihi atau 490 Hijrah oleh tentera Salib.

Menurut Bahaudin (beliau adalah sahabat Salahudin yang paling rapat sejak kecil lagi) dalam buku catatannya,

"Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian yang tumpah semasa tentera Islam menawannya".

Dengan penaklukan semula Jerusalem oleh Salahudin Ayubi pada 1187 , semua lambang salib diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera Islam selepas semua orang Kristian keluar daripada Jerusalem. Azan berkumandang semula di Masjid Aqsa buat pertama kalinya selepas lebih lapan puluh tahun! Subhanallah Maha Suci Allah yang membebaskan semula Palestin.

Semoga Palestin aman semula tidak lama lagi! InsyaAllah itu yang kita kena yakin. Untuk buku yang seterusnya ini iaitu Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin, harap-harapnya dapat dihabiskan dalam masa yang terdekat ni dan menyambung semula dengan Novel Sejarah Islam yang lain. Amin... :)

Semoga bermanfaat. Nak tahu info yang lain? Disni

17 Dis 2010

SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem



Novel Sejarah Islam : SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem

Assalamualaikum...

Kita adalah apa yang kita makan = Kita adalah apa yang kita baca.

Pernah dengar ungkapan di atas? Ni adalah formula baru yang aku cipta. Kita adalah apa yang kita baca. Kalau kita baca berkaitan politik, lagak kita mesti macam ahli politik. Kalau kita baca buku berkaitan agama, lagak kita macam ustaz pula sebab orang menilai daripada apa yang kita tuturkan.

Pos terbaru hari ini adalah berkaitan dengan buku di atas , Novel Sejarah Islam : SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem. Buku ni baru sampai ke rumah semalam. Aku belum sempat untuk baca lagi dan tujuan aku review kat sini adalah untuk menaikkan semangat aku untuk baca buku ni dan menghabiskannya sebelum cuti sekolah ni habis.

Rugi rasanya tak menghabiskan baca buku ni dalam cuti ni sebab bila dah buka semester baru nanti belum tentu aku habis membacanya, hehe. Dari maklumat yang aku dapat , mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mampu menghabiskan sebuah buku dalam sehari! Kalau aku nak jadi macam tu lambat lagi la, hehe. Jadi apa kata kita mulakan membaca daripada sekarang. Sehari 5 muka surat pun dah cukup. Sikit-sikit lama-lama jadi Gunung Everest! Tak mustahil :)

Nak tahu info lain? Disini

7 Dis 2010

HULAGU KHAN - Khabar Hitam dari Timur


Assalamualaikum...

Hari ini aku baru sahaja habis membaca sebuah Novel Sejarah Islam yang bertajuk Hulagu Khan, Khabar Hitam dari Timur. Buku ni memang sejarah yang penting bagi aku sebab beliaulah orang yang telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Abbasiah yang dah bertamadun selama 500 tahun! Lama tu! 

Hulagu Khan jugalah orang pertama yang berjaya menawan kota Islam yang digelar kota 1001 malam iaitu Kota Baghdad. Bila aku baca buku ni barulah baru aku betapa dashyatnya "MUSUH DALAM SELIMUT" sampaikan mampu menjatuhkan sebuah kerajaan. Bila korang baca akan paham macam mana kota Baghdad ni boleh tumbang di tangan orang Monggol, bangsa yang terkenal dengan ganas dan kejam. 

Orang Monggol ni boleh makan apa sahaja selain batu, besi dan kayu! Orang Monggol jugalah yang menyebabkan semua buku-buku dan karya orang Islam selama beratus-ratus tahun hilang macam tu sahaja. Sedih sangat bila baca buku ni.

Untuk tahu lebih lanjut boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual buku Islamik yang berhampiran. Tak rugi membaca selain mengisi masa lapang ni. Semoga bermanfaat.

Nak tahu info menarik lain di blog ini? KLIK

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih