8 Dis 2010

Cara Cicak Melekat

CICAK OH CICAK!


Assalamualaikum..
Hari ini pos terbaru aku adalah berkaitan dengan cicak. Menarik perhatian aku sebab boleh melekat di mana-mana sahaja dan boleh terapung dalam air pulak tu. Mungkin ada yang geli gelemen (hehe) tapi cicak tetap ciptaan Allah Yang Maha Agung. Cara cicak melekat adalah salah satu kehebatan yang Allah beri kepada cicak ni.

Bagaimana cicak melekat di dinding? 

Macam ini. Kemampuan cicak untuk melekat pada dinding bukanlah disebabkan oleh bahan kimia tetapi sebenarnya ia disokong oleh faktor geometri. Penemuan para saintis mendapati kaki cicak memainkan peranan yang besar dalam memastikan haiwan tersebut mampu melekat pada dinding atau bahagian siling bangunan. Ia adalah disebabkan oleh helaian bulu-bulu halus pada tapak kaki cicak (macam spiderman pulak, hehe) berfungsi untuk menghasilkan kuasa tarikan di antara molekul-molekul .

Di bahagian tapak kaki cicak, terdapat berjuta-juta mikroskopik helaian bulu yang lebih halus daripada rambut manusia. Setiap bulu-bulu itu pula terbahagi kepada 1,000 bahagian kecil di mana ia boleh dilihat hanya menggunakan mikroskopik elektron (Subhanallah!). Bentuk helaian rambut nipis itu turut memainkan peranan penting dalam menentukan kemampuan cicak untuk memanjat dinding dan bergayut di siiling.

Cicak akan menggunakan tumit untuk melekat dan mencengkan kakinya pada permukaan dinding. 
Macam itulah cara cicak melekat. Aku ingatkan pakai kuku dia je tapi adalah disebabkan bulu-bulu halus yang tak dapat dilihat dengan mata manusia. Hebat sungguh ciptaan Allah! Subhanallah :)
p/s : kalau Cicakman aku tak tahu pulak macam mana dia melekat :) hehe

Nak tahu info menarik lain? KLIK

3 ulasan:

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih