Oleh : Ustaz 'Alimin
Tarikh : 2 November 2009
Tempat : Surau As-syafi'e IPGM Kampus Tengku
Ampuan Afzan , Kuala Lipis Pahang.
3 golongan/jenis orang yang melakukan
maksiat:
1) Orang yang melakukan maksiat tetapi selepas
itu tersedar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
2) Orang yang melakukan maksiat tetapi langsung
tidak sedar akan kemaksiatan yang dilakukan
oleh dirinya. Dia hanya tersedar selepas ditimpa
bala bencana atau musibah seperti gagal dalam
peperiksaan, kemalangan dan sebagainya.
2) Orang yang melakukan maksiat dan dengan
maksiat yang dilakukan itu, nikmat daripada
Allah datang dengan banyaknya. Ini dinamakan
'istidraj'. 'Istidraj' ialah nikmat yang Allah berikan
kepada seseorang bertujuan untuk
menyesatkannya lagi. Sebagai contoh, sebelum
memiliki kereta atau motorsikal, surau tidak
pernah ditinggalkan. Tetapi selepas memilikinya,
surau semakin kurang dijejaki.. nauzubillah..
p/s: Cuba kita renungkan diri kita, dimanakah kita
tergolong?
Alhamdulillah dan lebih baik sekiranya kita tidak
tergolong dalam mana-mana golongan diatas.. tapi
adalah mustahil sebagai insan yang lemah ini, kita
langsung tidak melakukan apa-apa maksiat..
Sentiasalah berdoa agar menjadi orang yang sentiasa
insyaAllah..moga kita golongan yg sntiasa sedar dan bertaubat
BalasPadamminta kebenaran untuk copy kat blog saya....
BalasPadammoga2 penyebaran fakta yang jelas ni dapat memberi kesedaran kepada semua pihak....