Memaparkan catatan dengan label piala AFF Suzuki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala AFF Suzuki. Papar semua catatan

29 Jan 2011

Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan


Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan

Assalamualaikum....

Tajuk post pada kali ini sememangnya telah lama dinantikan oleh para peminat bola sepak negara selepas aksi mantap Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada tahun lalu.

Jadi pada malam ini Selangor dan Kelantan akan bertemu dalam perlawanan pembukaan Liga Super dan yang pasti perlawanan tersebut membabitkan dua skuad gergasi yang yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu menjuarai Piala Suzuki AFF Disember yang lalu.

OK! Sebagai pemanas kepada perlawanan Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan ini, saya nak beri info berkaitan dengan Liga Super 2010.

Juara : Selangor
Tersingkir : Johor, Pulau Pinang,
Jumlah Perlawanan : 364
Jumlah Gol : 479 (Purata 2.62 setiap perlawanan)
Penjaring Terbanyak : Mohd Ashaari Shamsudin (Terengganu - 18 gol)
Kemenangan Terbesar Di Tempat Sendiri : Selangor 6 Johor 0 (26 Januari 2010)
KemenanganTerbesar Di Tempat Lawan : Johor 0 Kedah 3 (9 Januari 2010)

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mana setiap negeri berhempas pulas bagi mendapatkan Piala Sultan Ahmad Shah ini. Jadi sama-sama kita saksikan perlawanan ini!

Semoga bermanfaat.

26 Dis 2010

Keputusan Rasmi - Malaysia VS Indonesia Piala AFF Suzuki 2010


Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memintas Indonesia pada final yang pertama di Stadium Bukit Jalil dengan kemenangan selesa

3 - 0

Gol pertama dijaringkan oleh Safeei Ali pada separuh masa kedua. Gol yang kedua oleh Ashaari Samsudin dan yang ketiga dijaringkan oleh Safeei Ali sekali lagi. Perlawanan final yang kedua akan diadakan di Indonesia pada 29 haribulan 12 ini. Sama-sama kita nantikan. Diharapkan perlawanan yang kedua nanti Malaysia akan membuka lebih banyak jaringan dan seterusnya menjuarai Piala AFF Suzuki ini buat kali yang pertama :)

Baca info yang lain disini

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih