Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan

29 Jan 2011

Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan


Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan

Assalamualaikum....

Tajuk post pada kali ini sememangnya telah lama dinantikan oleh para peminat bola sepak negara selepas aksi mantap Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 pada tahun lalu.

Jadi pada malam ini Selangor dan Kelantan akan bertemu dalam perlawanan pembukaan Liga Super dan yang pasti perlawanan tersebut membabitkan dua skuad gergasi yang yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu menjuarai Piala Suzuki AFF Disember yang lalu.

OK! Sebagai pemanas kepada perlawanan Liga Super 2011 - Selangor VS Kelantan ini, saya nak beri info berkaitan dengan Liga Super 2010.

Juara : Selangor
Tersingkir : Johor, Pulau Pinang,
Jumlah Perlawanan : 364
Jumlah Gol : 479 (Purata 2.62 setiap perlawanan)
Penjaring Terbanyak : Mohd Ashaari Shamsudin (Terengganu - 18 gol)
Kemenangan Terbesar Di Tempat Sendiri : Selangor 6 Johor 0 (26 Januari 2010)
KemenanganTerbesar Di Tempat Lawan : Johor 0 Kedah 3 (9 Januari 2010)

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mana setiap negeri berhempas pulas bagi mendapatkan Piala Sultan Ahmad Shah ini. Jadi sama-sama kita saksikan perlawanan ini!

Semoga bermanfaat.

18 Dis 2010

Malaysia Berjaya Melangkah ke Final Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia Berjaya Melangkah ke Final Piala Suzuki AFF 2010



Tahniah kepada skuad Malaysia kerana berjaya melangkah ke final Piala Suzuki AFF 2010!
Aku tengok perlawanan Malaysia tadi, memang terbaik :) 

Perlawanan yang baru berakhir tadi menunjukkan prestasi cemerlang Malaysia menewaskan Vietnam di tempat lawan dengan keputusan seri 0 - 0 dengan agregat 
2 - 0

Semoga Malaysia menang dalam perlawanan final nanti! Kita nantikan sama-sama :)

Nak tahu info lain? Disini

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih