16 Okt 2012

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum.. Pada kali ini saya ingin membentangkan kepada anda semua biodata Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Saya telah memetik daripada sumber buku yang berautoriti untuk mendapatkan rujukan yang terbaik. Saya terdetik hati untuk mencari maklumat ini selepas melihat bahawa perlunya rakyat mengenal pemimpin dengan jelas. Oleh itu, saya telah sedaya upaya mencari bahan berkaitan dengan biodata Perdana Menteri Malaysia.




Nama : YAB. Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Hj. Abdul Razak
Parti : Barisan Nasional – UMNO
Biodata Perdana Menteri Malaysia


YAB. Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Hj. Abdul Razak telah dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 ulai 1953/ Beliau merupakan anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua dan anak saudara kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga.

YAB. Dato’ Sri Mohd Najib mendapat pendidikan awal di St. John Institution , Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Malven Boy’s College, Worchestershire, England. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Unversity Of Nottingham, England dan mendapat ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industry pada tahun 1974.

Kemudian, beliau memulakan kariernya sebagai seorang Eksekutif di Petronas pada tahun 1974. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia dengan mengejut dua tahun kemudian, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen Pekan, menggantikan ayahnya.

Sepanjang hampir 30 tahun penglibatannya dalam politik, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah berkhidmat di pelbagai kementerian. Ini termasuklah sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Pada tahun 1982, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Bandar Pekan dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.

Pada tahun 1986, ketika berumur 33 tahun, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah dilantik untuk menerajui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan selepas Pilihanraya Umum 1990, beliau berpindah ke Kementerian Pertahanan. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang termuda menjadi Menteri Besar adalah 

YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah dilantik menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1995. Selepas Pilihanraya Umum 1999, beliau sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk meneraji Kementerian Pertahanan. Setelah YAB. Dato’ Seri Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada YABhg Tun Mahathir B. Mohamad pada oktober 2003, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 6 januari 2004.

Sebagai mengenang jasa YAB. Dato’ Sri Mohd Najib dalam kerajaan dan politik, beliau telah dikurniakan pingat kebesaran daripada Kerajaan Negeri Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan, Perak dan Selangor.
Selain itu, di antara pengiktirafan dari luar negara yang beliau terima adalah Grand Order Of Youth Republic Of Korea, Special Testimony, United Nations Programme Of Youth, Ph.D (Honoris Causa) Sports Science U.S Academy Of Sports, Bintang Yudha Dharma Utama (Indonesia) dan Distinguished Service Order (Military) Singapore.

YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor dan telah dikurniakan sepasang cahayamata.  




biodata perdana menteri malaysia, biodata perdana menteri, perdana menteri malaysia, najib tun razak, najib abdul razak, dato seri najib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih