Assalamualaikum..
Pada hari ini nak berkongsi berkaitan dengan Sejarah Masjid Kampung Tempoyang.
Kenapa pilih masjid?
Sebabnya saya sembahyang jumaat dekat sini. Jadi adalah baik untuk kita mengetahui sejarah ataupun asal-usul sesuatu tempat kita bermukim :)
Masjid yang indah ini dibina oleh kerajaan pada tahun 1987 ( saya belum lahir lagi!) bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung menunaikan ibadah. Masjid yang bernilai RM350,000 ini terletak kira-kira 4 km dari bandar Kuala Lipis manakala keluasan dewan solatnya mampu menampung seramai 500 orang jemaah dalam satu masa.
Sepuluh tahun selepas siap dibina iaitu pada tahun 1997, masjid ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang. Lokasinya yang terletak di atas bukit dan berhampiran dengan jalan utama dari bandar Kuala Lipis menuju ke Kelantan menjadikannya satu tempat persinggahan para musafir yang ingin bersolat dan berehat. Dua kubah dan atapnya yang berwarna biru laut mengindahkan lagi suasan persekitaran masjid ini.
Masjid ni dalam masa dua tahun saya di Kuala Lipis dah mengalami beberapa perubahan. Antara terdapat ruang kolah di sebelah kanan masjid untuk memudahkan mengambil wudhuk manakala di sebelah kirinya pula didirikan dewan kecil untuk makan.
Selama dua tahun saya Berjalan Melihat Mentafsir kawasan Kuala Lipis, tiada banyak perubahan yang berlaku :). Walaupun begitu ketenangan berada jauh dari kesesakan bandar kadang-kadang mendamaikan juga!
p/s : tak sempat lagi nak baca sejarah masjid dan kampung sendiri :P
Salam..Apa khabar orang Kuala Lipis. Wajah Kuala Lipis telah berubah sejak beberapa tahun yang lalu stelah adanya inisiatif kerajaan negeri juga pemerintah untuk mewartakan beberapa bangunan tinggalan inggeris sebagai harta sejarah. Kuala Lipis sama dengan bandar Melaka- Di sini..segalanya bermula. Semoga sejarah Kuala Lipis akan dibukukan untuk generasi akan datang
BalasPadam