8 Okt 2009

KuCing Belaan

kenapa kucing? sbb kucing ciptaan Allah yg hidup bersama manusia
semenjak zaman firaun lagi. sedangkan sahabat nabi juga ade digelar
Abu Hurairah, mengapa perlu kita membenci kucing??? sekadr
renungan bersama...


kucing ipgm Afzan yg comel2..

baru bgn tidur...

kucing ni dua-dua adalh kucing jntan.. diorg ni bru bgn tdr
lepas tdr berjemaah dgn mak diorg..


Nak tau terdapat beberapa fakta menarik tentang kucing?
1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.
2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.
Menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress . Fakta ketiga tu memang betul, bila balik rumah mesti disambut oleh kucing secara tak langsung hati rasa bahagia. Jadi sama2 lah menyayangi kucing!





2 ulasan:

  1. comel2 kucing afzan kan???

    walaupun pnuh mehnah dan tribulasi,ibu kucing jaga gak anak dia ngan bek..amanah tu..

    hu3..nak ada kucing kat umah..hmpir stahun kcg xda..ilang~~
    maybe sbb diri ini jarang mnjenguk dia..waaa~~~

    BalasPadam
  2. comel... ni antara kucing y terselmt,
    sbnrnye ade lagi tapi mati... bese la
    tu..

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih