22 Ogo 2009

Puasa adat atau Ibadat?

More RAMADHAN graphics

Jikalau adat :

1)puasa baru bermula,hari raya pula yg diwar-warkn. Suasana Ramadan tenggelam dek raya

2)Lebih kepada pengisian fizikal-juadah berbuka bermacam-macam menjadi pesta makan

3)Di awal Ramadan,surau dan masjid penuh tetapi semakin hari jemaaah semakin kurang

4)Sibuk membuat persiapan raya-membeli belah,membuat kuih raya,bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkn masyarakat cina..surau dan masjid menjadi lesu longlai

5)bulan merdeka dari kekangan nafsu..pesta hiburan semahu-mahunya..halal dan haram berbaur demi kerana hari raya..roh ramadan tenggelam sekelip mata saja

Jika puasa kita IBADAT lain pula ceritanya :

1)Mewujudkan suasana beribadah di bulan Ramadan dengan pelbagai tawaran dari Allah

2)Lebih tertumpu kepada tarbiyah ruhiyyah..melatih jiwa dan mendidik nafsu

3)Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid

4)Sibukkan dengan ibadah disepuluh terakhir ramadan..dimasa inilah Allah janjikan malam LAILATULQADAR iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan

5)Merasa sedih dengan pemergian Ramadan. Syawal disambut tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah

Ayuh semua insan muhasabah balik dri kita setelah saban tahun kita berpuasa apa nilai puasa kita disisi Allah??? samada diterima atau tidak..takut puasa kita jadi sia-sia je dan tak memberi perubahan apa-apa pun pada diri kita malahan akhlak dan sahsiah ita jadi lebih teruk pula

perbetulkan niat kita berpuasa kita kerana menunaikan perintahNya bukan semata-mata mengikut adat yang telah kita warisi dari zaman berzaman

akhir kalam puasa adalah
untuk "menyucikan diri"
bukan untuk
"menggemukkan diri"
jadi
fikir-fikirkanlah
&
selamat berfikir

Tazkirah lain di blog ini : KLIK

2 ulasan:

  1. salam... mabruk alaik..mg terus berusaha utk berblog

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih