Memaparkan catatan dengan label pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengajaran. Papar semua catatan

13 Feb 2011

Algeria Ikut Jejak Langkah Mesir!


Assalamualaikum...

Kelmarin Mesir baru sahaja beroleh kemenangan dengan peletakan jawatan oleh Hosni Mubarak. Satu revolusi yang saya anggap sebagai salah satu petanda ke arah kemenangan Islam yang bakal menjelma tidak lama lagi. Allahu Akbar!

Baiklah, maklumat yang baru saya terima mengatakan bahawa negara Algeria pula sedang melakukan demosntrasi dan rusuhan menuntut supaya pemimpin mereka meletakkan jawatan, Presiden Abdelaziz Bouteflika yang telah memerintah Algeria sejak daripada tahun 1999.

Beribu orang anti Presiden Abdelaziz Bouteflika berdemonstrasi di ibukota Aljazair, Algeria, Sabtu 12 Februari 2011. Demonstrasi itu berlangsung sehari setelah rakyat negara tetangga mereka, Mesir, merayakan mundurnya Presiden Housni Mubarak.

Harian The Guardian mengungkapkan bahawa aksi demonstrasi itu juga menuntut pemerintah menarik status keadaan darurat, yang telah berlaku selama 19 tahun. Mereka juga menuntut dijamin kebebasan berdemokrasi, dan mengkehendaki perubahan sistem politik di Algeria.

Mereka juga melaungkan slogan "Kelmarin Mesir, Hari ini Algeria" dan berharap supaya pemerintah ini turut meletakkan jawatannya seperti Hosni Mubarak yang telah meletak jawatannya selepas 18 hari rusuhan.

Presiden Algeria, Bouteflika dituduh oleh pembangkang selalu memanipulasi keputusan pilihanraya agar terus berkuasa. Walaupun dilarang untuk melakukan demonstrasi, namun penduduk Algeria tetap berani melakukannya dan sejak kebelakangan ini juga demonstrasi ini juga semakin lama semakin berleluasa. Pernah juga berlaku pertempuran antara polis dan rakyat namun tiada sebararang kecederaan yang dilaporkan.

p/s: semoga Algeria berjaya mengikut jejak langkah Mesir! Hanya masa yang menentukan.
Diedit daripada : www.isuhangat.net

Semoga Bermanfaat!

13 Dis 2010

Harimau Berkomunikasi Dengan Bunyi Senyap

  Harimau sedang mengaum

Comel kan harimau ni? hehe OK hari ni nak berkongsi dengan semua pembaca tentang keistimewaan harimau yang tidak kita semua tahu. 

Bunyi ngauman harimau yang kuat dan garang pula adalah bertujuan untuk menggerunkan musuh serta mangsanya. Selain bunyi tersebut, binatang itu juga mempunyai keistimewaan mengeluarkan bunyi yang sangat senyap yang tidak dapat dikesan oleh telinga manusia.

Bunyi berfrekuensi rendah ini berfungsi memberi amaran mengenai kehadiran di sempadan kawasannya. Selain itu, ia turut digunakan untuk berkomunikasi , memikat dan merupakan bahasa teguran sesama mereka. Kajian penyelidik mendapati, bunyi berfrekuensi rendah sebenarnya adalah lebih baik berbanding berfrekuensi tinggi kerana jarak liputannya tidak terjejas oleh masalah cuaca seperti kelembapan.

Ia juga tidak akan terganggu disebabkan muka bumi tanah yang menjadi faktor penting dalam komunikasi untuk harimau yang tinggal di dalam hutan. Apa yang unik, bunyi itu dikatakan boleh mencapai jarak sehingga lapan kilometer! 

p/s: Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan kita setiap ciptaannya ada keistimewaan yang boleh kita hayati yang mana boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt. Di dalam al-Quran, Allah menyuruh kita melihat dan memerhati tentang diri kita, ( wa fi anfusikum afala tubsirun..) bermaksud “ dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memerhatikannya? Allah menyuruh kita berfikir walaupun dengan  hanya melihat kepada diri sendiri, kerana di sana terbukti kehebatan-Nya sebagai pencipta Yang Maha Bijaksana.

Nak tahu info menarik lain? KLIK

22 Okt 2009

Jasa Yang Tidak Terbalas


Renungkanlah..
“Nurse, boleh saya tengok anak saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah yang comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedu-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.
Masa terus berlalu… pulang dari sekolah suatu tengah hari , anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek oleh rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat”, katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupunsi ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,”kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,”kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok ,bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
‘Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah . “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah , masanya akan tiba. “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku.” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibuny, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Ps: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia , ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka , kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU , penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘love u mom’. 

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih