15 Jan 2011

Senaman Mata


Assalamualaikum...

Lama dah tak upadate blog ni.. maaf kepada semua..

Baiklah untuk mengubat kerinduan semua saya ingin berkongsi tips yang menarik berkaitan dengan mata. Mata adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Sehingga ke saat artikel ini ditulis tiada siapa yang menyangkal bahawa mata adalah anugerah Allah yang tiada gantinya.

Untuk senaman mata yang nak saya ajar ni boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama.

Berikut adalah 3 latihan senaman mata tersebut:


1. 20-20-20

Latihan 20-20-20 dapat membantu mata untuk lebih fokus dan rileks ketika sedang merasa tegang. Untuk melakukan latihan ini, Anda hanya perlu masa untuk melakukan perkara ini dalam masa 20 minit, contohnya melihat benda tertentu selama 20 minit.

Untuk setiap 20 minit lakukan tugas yang seragam seperti menghadap laptop, menjahit dan sebagainya kemudian ambil waktu 20 saat untuk melihat pada objek lain yang berjarak sekurangnya 20 kaki (6 meter) dari anda.

Perkara ini memungkinkan mata anda rileks dan fokus dalam jangka waktu singkat dan kembali ke aktiviti sebelumnya dengan penglihatan yang lebih jelas.

2. Memutar mata


Seperti juga dengan peregangan bahu atau kaki, memutarkan bola mata dapat membuat mata anda rileks kembali. Latihan ini memungkinkan peningkatan jumlah nutrision dan aliran oksigen ke kawasan mata.

Menurut Chinese Holistic Health Exercises, latihan memutar mata dapat dilakukan dengan posisi duduk atau berbaring. Buka mata dan putar searah jarum jam setidaknya 20 kali. Berkedip beberapa kali dan kemudian ulangi dengan memutar mata dengan arah yang berlawanan.

3. Jarak fokus

Latihan fokus pada jarak dapat memperbaiki dan membangun kembali penglihatan anda. Setelah sekian lama mata fokus pada objek dengan jarak dekat, seperti melihat komputer, television, dokumen atau objek-objek lain, luangkan waktu beberapa minit setiap hari untuk ke luar ruangan yang memungkinkan mata anda melihat dengan fokus pada objek yang jauh.

Untuk melakukan latihan ini, cari objek terjauh yang dapat anda lihat dan fokuslah pada objek tersebut. Biarkan mata anda merasakan perbedaan fokus jarak jauh dan dekat.

p/s: Itu sahaja latihan senaman mata yang boleh dilakukan di mana sahaja. Ilmu tanpa amal pasti sia-sia. Jadi saya berharap kepada pembaca agar bersama-sama mengamalkan ilmu baru yang kita dapat ni.

Semoga bermanfaat :)

4 ulasan:

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih