23 Dis 2010

Kubur? Tak Kesah Pun..

Assalamualaikum..

Dah 2 hari tak update blog, rasa lain pulak jadinya. Almaklumlah, jalan-jalan ke Johor, bandaraya yang best dan masyuk! Hehe thumbs up to negeri JOHOR :)

Kubur?

Apa kaitan kubur dengan pergi Johor? Jauh tu!

Mungkin ada yang pelik dengan tajuk diatas. Ceritanya bermula begini....

Selepas sampai ke rumah saudara saya pada hari Rabu yang lepas, saudara membawa kami sekeluarga melawat Makam Sultan Mahmud. Tahu tak sejarahnya? Pernah dengar kan cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang? Kat situlah Sultan Mahmud disemadikan.


Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (sony ericsson K770i)

Makam ni terletak di Kampung Makam yang terletak di Kota Tinggi. Kampung ni pun dinamakan sebab ada makam ni lah.


Gambar hadapan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (sony ericsson K770i)


Batu Nisan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (Sony Cybershot)

Macam tu lah keadaan dalam makam tersebut. Kami datang dalam pukul 6 petang dan bila kami keluar dari makam tu, penjaga makam tu pun terus tutup pintu. Memang dah nasib kami jadi pelawat terakhir hari tu (Alhamdulillah ada juga peluang).

Nak dijadikan cerita...

Masa kami datang tu, waktu petang. Jadi waktu ini lah budak-budak keluar untuk bermain. Tak kisahlah main permainan ape pun, yang penting main. Jadi memang sangat menarik perhatian aku lah apa yang terjadi kat situ. Tengok gambar-gambar kat bawah ni...





Bermain bola dengan gembira di waktu petang (sony ericsson K770i)



Pelik kan?

Kalau orang kita bila dikaitkan dengan kubur mesti terbayang macam-macam. Tapi budak-budak ni telah membuktikan sebaliknya! Bermain bola sebelah kubur macam tak ada apa-apa pun sebelah diorang tu! Mungkin ada yang cakap, "Kubur?, Tak Kisah Pun.." Siap ada yang 'bertenggek' lagi kat atas kubur tu. Rasanya sebab jadi macam ni diorang memang dah tak ada tempat lain nak main bola. Lagipun kampung pun ni dinamakan Kampung Makam. Memang dah biasa kot (aku rasa je :) )

Memang betul kata pepatah Melayu
:

"Alah Bisa Tegal Biasa"

p/s : rasanya kalau diorang tengok citer hantu yang dah berlambak-lambak kat pawagam tu mesti diorang gelak je sebab dah tiap-tiap hari main sebelah kubur! hehe :)

Nak tahu info lain? Disini

4 ulasan:

  1. bebudak kemain lagi main kat situ kan??

    BalasPadam
  2. yes.. masih lagi main dkt ctu, x percaya boleh pegi tgk sndiri :)

    BalasPadam
  3. masa sy beljaar di penang dulu ada sebuah kg nama sama..rumah2 kat situ sblh kubur

    BalasPadam
  4. kalau kita dah selalu berdepan dgn apa yg kita takutkan lame2 hilglah ketakutan tu :)

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih