12 Okt 2009

Bila Tuhan Tak Ditakuti??


Bila Tuhan tak ditakuti macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah disana-sini
Ada manusia puja alam sebagai tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempersona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Ia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi

Ada sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersihkan agama dari noda
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia
Bukan hidup realitinya

Mereka lupa diri sendiri mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba’
Anak-anak dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
Perbualan setiap hari tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji

Bakhilnya amat ketara sekali mereka lupa semua itu adalah
Kesesatan dalam beragama
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta –akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Jasa –jasa disebut berulang
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Menipu diri tak disedari

Tak kurang juga ada dikalangan manusia setiap hari
Memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur
Jiwa mereka derita tak kurang juga yang bunuh diri

p/s: Ini adalah lirik lagu sebuah kumpulan nasyid, cuba kita ambil iktibar
daripadanya..
Ini merupakan antara realiti yg berlaku pada hari ni..
Apakah yg boleh kita buat??? Buatlah sekadar yg kita mampu...
Allah itu Maha Mengetahui

Tazkirah lain di blog ini : KLIK 

4 ulasan:

  1. yup..bila tuhan tak ditakuti byk la terjadi...pening2..

    pe yg kita boleh buat ialah usaha ntuk mnyedarkan diri sndiri dan mereka2 yg disayangi..

    knapa x takut Allah, sbb x prnah brsyukur pd Allah..sdgkan manusia x bersyukur pada Allah, inikan pula manusia nk berterima kasih atas kita...(from La Tahzan)

    BalasPadam
  2. nie lgu mawaddah kn?
    lirik dy bersahaa tp maknenye mmg mkn dalam...

    BalasPadam
  3. lumrah hidup sekarang memang macam tu...
    apalagi if terpaksa berdepan dengan oraNg yang cakap kita bajet alim and golonggan yang memperkotak-katikkan agAMA..........
    tak takut ALLAH sama macam lupakan ALLAH tali agama yang hampir putus dek tiangnya makin rapuh tulah dunia hari ni.....

    BalasPadam
  4. terima kasih kepada semua yg mmberikan komentar... memg manusia begitulah sifatnya.. tidak akan sedr jika x diperingati..

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih