Assalamualaikum.. Pada kali ini saya ingin membentangkan kepada anda semua biodata Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Saya telah memetik daripada sumber buku yang berautoriti untuk mendapatkan rujukan yang terbaik. Saya terdetik hati untuk mencari maklumat ini selepas melihat bahawa perlunya rakyat mengenal pemimpin dengan jelas. Oleh itu, saya telah sedaya upaya mencari bahan berkaitan dengan biodata Perdana Menteri Malaysia.
Nama : YAB. Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Hj. Abdul Razak
Parti : Barisan Nasional – UMNO
Biodata Perdana Menteri Malaysia
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Hj. Abdul Razak telah
dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 ulai 1953/ Beliau merupakan anak
sulung Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua dan
anak saudara kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia
ketiga.
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib mendapat pendidikan awal di St.
John Institution , Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Malven Boy’s
College, Worchestershire, England. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke
Unversity Of Nottingham, England dan mendapat ijazah pertama dengan kepujian
dalam bidang ekonomi industry pada tahun 1974.
Kemudian, beliau memulakan kariernya sebagai seorang
Eksekutif di Petronas pada tahun 1974. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia
dengan mengejut dua tahun kemudian, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen
Pekan, menggantikan ayahnya.
Sepanjang hampir 30 tahun penglibatannya dalam politik, YAB.
Dato’ Sri Mohd Najib telah berkhidmat di pelbagai kementerian. Ini termasuklah
sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Pada tahun 1982, beliau telah bertanding dan
memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Bandar Pekan dan kemudiannya
dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.
Pada tahun 1986, ketika berumur 33 tahun, YAB. Dato’ Sri
Mohd Najib telah dilantik untuk menerajui Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan dan selepas Pilihanraya Umum 1990, beliau berpindah ke Kementerian
Pertahanan. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang termuda menjadi Menteri Besar adalah
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah dilantik menjadi Menteri
Pendidikan pada tahun 1995. Selepas Pilihanraya Umum 1999, beliau sekali lagi
dipertanggungjawabkan untuk meneraji Kementerian Pertahanan. Setelah YAB. Dato’
Seri Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri
daripada YABhg Tun Mahathir B. Mohamad pada oktober 2003, YAB. Dato’ Sri Mohd
Najib telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 6 januari 2004.
Sebagai mengenang jasa YAB. Dato’ Sri Mohd Najib dalam
kerajaan dan politik, beliau telah dikurniakan pingat kebesaran daripada Kerajaan
Negeri Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan, Perak dan Selangor.
Selain itu, di antara pengiktirafan dari luar negara yang
beliau terima adalah Grand Order Of Youth Republic Of Korea, Special Testimony,
United Nations Programme Of Youth, Ph.D (Honoris Causa) Sports Science U.S
Academy Of Sports, Bintang Yudha Dharma Utama (Indonesia) dan Distinguished
Service Order (Military) Singapore.
YAB. Dato’ Sri Mohd Najib telah mendirikan rumah tangga
dengan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor dan telah dikurniakan sepasang
cahayamata.
biodata perdana menteri malaysia, biodata perdana menteri, perdana menteri malaysia, najib tun razak, najib abdul razak, dato seri najib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan