9 Sep 2012

Sifat Sifat Rasulullah SAW



Sifat-sifat Rasulullah SAW perlu kita telusuri untuk kita kenali kehidupan dan perjuangan Baginda dalam menegakkan agama Allah swt di muka bumi ini.


Sebentar tadi kita telah dekati rumah Baginda dan mengetuk pintunya untuk meminta izin, kita biarkan khayalan kita berjalan bersama orang yang telah melihat Nabi SAW, ia akan menggambarkan beliau kepada kami sehingga seakan kita melihat beliau, supaya kita boleh mengenali penampilan beliau yang mulia.

1)
Dari Al Bara' bin Azib r.a. berkata :
" Rasulullah saw adalah orang yang paling bagus wajahnya, paling baik akhlaknya, tidak terlalu tinggi dan tidak pendek" (Hadis riwayat Bukhari)

2)
Beliau juga berkata :
"Badan Nabi SAW sedang, bidang antara kedua bahunya , rambut beliau sampai ke anak telinganya, aku melihat beliau memakai jubah merah, di mana aku tidak pernah melihat yang lebih bagus daripada itu" (Hadis Riwayat Bukhari)

3)
Dari Abu Ishak As Sabi'i berkata : ada seseorang yang bertanya kepada Al Bara' Bin Azib :
"Adakah wajah Rasulullah saw seperti pedang? Beliau berkata : Tidak, akan tetapi seperti bulan" (Hadis riwayat Bukhari)

4)
Dari Anas ra beliau :
"Aku tidak pernah menyentuh dengan tanganku kain sutera atau lainnya, yang lebih halus daripada tangan Rasulullah saw dan aku tidak pernah mencium wangian yang lebih wangi daripada aroma Rasulullah saw." (Hadis Muttafaqun Alaih)

5)
Dia antara sifat Rasulullah saw adalah bahawa beliau seorang yang pemalu, sehingga Abu Said Al Khudri berkata tentang beliau :
"Beliau lebih pemalu daripada gadis pingitan , apabila beliau melihat sesuatu yang tidak beliau sukai, maka kami dapat melihat dari raut wajahnya" (Hadis riwayat Bukhari)

Ini merupakan sekilas sifat sifat Rasulullah saw baik dari segi jasmani mahupun akhlak beliau, sungguh Allah telah menyempurnakan ciptaan dan akhlak Rasulullah saw.

Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih