27 Nov 2011

Boboiboy - Rahsia Di Sebalik Cerita

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak post berkaitan dengan Superhero Kebanggaan Malaysia - Boboiboy!! Haha Asyik-asyik orang cerita pasal Bola Sepak Kebangsaan je, hari ni kita beralih topik pula.

Sebelum tu meh kita tengok foto-foto berkaitan dibawah :






Kalau semua pembaca nak tahu, produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang berjaya menghasilkan animasi BoBoiBoy ini ialah Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin.(Boleh taip "video boboiboy" di youtube)

Animasi yang dihasilkan dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan Inggeris itu membawa dua pelantun suara, Nurfathiah Diaz, 11, dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.

Mari kita baca Sinopsis Boboiboy :

Kisah Boboiboy menceritakan kisah seorang budak berusia 10 tahun yang mampu untuk menukarkan dirinya kepada 3 karakter yang mempunyai kuasa yang berbeza. Kejahatan yang dipaparkan dalam kartun animasi ini adalah berkaitan keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, Boboiboy mampu menukar dirinya kepada 3 karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin, dan kilat. Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah Superhero pertama kanak-kanak Malaysia ini ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

Mesti seronok cerita ni sebab peminat Boboiboy memang ada auranya yang tersendiri. Tak kiralah kanak-kanak, orang dewasa pun ada.. Hehe tapi x tau la siapa tu :)

Dengar kata ada keluar game Boboiboy? Betul ke?

Takpe yang penting, kita seharusnya berbangga dengan hero animasi buatan Malaysia kita sendiri. Siapa tahu mungkin satu hari nanti dapat mengalahkan karakter Ultraman! Siapa tahu :)

2 ulasan:

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih