22 Mei 2011

>>Dari CEO menjadi penghantar pizza<< Kisah BENAR! Sama2 kita ambil Iktibar


Salam semua,

Hari ni nak post sesuatu yang Izuddin dapat daripada sebuah laman web Malaysia ([url]www.isuhangat.net[/url]) credit to this web :)

"Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah" Itulah yang Izuddin dapat katakan untuk kisah ini. Benarlah yang dikatakan bahawa kadang2 dengan nikmat yang kita ada tidak semestinya akan bertahan sampai bila-bila apatah lagi nak bawa mati! Jom baca kisah ini....

Selama 45 tahun, hidup Ken Karpman kelihatan sempurna. Lulus dengan gelaran sarjana S-1 dan MBA (Master of Business Administration) dari universiti UCLA (University of California), Karpman bekerja dengan gaji yang besar sebagai broker saham.

Dia kemudian berkahwin dengan Stephanie, dan mempunyai dua orang anak. Rutin mereka ialah melancong ke tempat-tempat mahal di seluruh dunia. Setelah 20 tahun menjadi broker, Karpman naik pangkat menjadi CEO di syarikatnya bekerja.


Gajinya pun meningkat menjadi US$750,000 setahun. “Masa itu hidup begitu indah. Kami boleh cetak banyak wang. Entah mengapa keadaan begitu tidak berterusan?” kata Karpman dalam wawancara khas dengan stesyen TV ABC. Dari segala sudut, Karpman dan keluarga pada masa itu hidup dalam “Impian Amerika” (American Dream).

Mereka tinggal di sebuah rumah besar di bandar Tampa, Florida. Rumah mereka dilengkapi dengan padang golf. “Masa itu saya sudah tidak tahu berapa harga barang-barang di kedai. Kami hanya tinggal bawa troli dan ambil sahaja,” kata Karpman.

Dia pun begitu percaya diri dengan kemampuannya membuat banyak wang. Maka,pada tahun 2005 dia meninggalkan syarikat tempat dia bekerja dan membuka perniagaan sendiri. Untuk mendirikan perniagaannya sendiri sekaligus meningkatkan taraf hidup, dia Karpman mengeluarkan modal US$500,000 dari simpanannya. Seperti kebiasaan orang-orang Amerika, Karpman juga membuat kredit dalam jumlah besar dengan jaminan rumah.

Namun, badai krisis kewangan menerpa Amerika Serikat (AS). Karpman tak mampu menarik investor sehingga syarikatnya tutup. Sejak itu, dia menjadi penganggur dan sukar mendapat kerja. Padahal, di masa lalu, Karpman tak perlu sukar mencari kerja.

“Dulu, semasa temuduga kerja, saya boleh jadi bersikap kurang ajar kerana sayalah yang selalu bertanyakan penemuduga apakah syarikatnya cukup layak mempekerjakan saya,” kata Karpman dalam wawancara tersebut.

“Sekarang, saya yang berharap-harap minta kerja sambil memegang topi di tangan,” lanjut Karpman.

Dengan keadaan dia susah mendapat kerja, tabungannya habis untuk keperluan hidup dia dan keluarga sehari-hari. Bahkan, keluarga Karpman kini harus menanggung hutang ratusan ribu dolar dan rumah mewah hampir disita pihak peminjam.

Mereka pun tak mampu menanggung kos pendidikan anak-anak di sekolah swasta yang mencapai US$30,000.Namun mereka bersyukur ada seorang dermawan yang membantu menaja wang sekolah anak-anak mereka sehingga tahun depan.

Maka, Karpman sudah bertekad, kerja apapun dia akan lakukan asalkan mendapat wang. Dia pun bersedia turun darjat.

Karpman tidak lagi mencari pangakat-pangkat yang besar, dia pernah memohon kerja sebagai bartender (pelayan minuman) namun ditolak. Isterinya, Stephanie, kini juga akan menjual baju-bajunya yang banyak di almari pakaian di kedai-kedai lelong.

Akhirnya Karpman mendapat pekerjaan baru. Namun, bukan lagi sebagai eksekutif melainkan sebagai penghantar pizza di restoran Mike’s Pizza & Deli di bandar Clearwater.

Pemilik restoran, Mike Dodaro, berasa pelik semasa melihat Karpman datang ke tempatnya untuk temuduga kerja dengan memandu kereta mewah Mercedes Benz.

Dodaro pun terkejut semasa membawa CV (sejarah pendidikan dan pekerjaan) Karpman. Untuk menjadi penghantar pizza dari rumah ke rumah tidak perlu bergelar MBA dan berpengalaman sebagai pengurus broker saham.

Dengan kata lain, Karpman adalah over-qualified. Namun, Karpman tetap mengambil kerja itu.

Dia rela dibayar gaji US$7.29 sejam – belum termasuk tips.

Karpman tidak peduli dengan reaksi isterinya yang hairan dengan profesion suaminya pada masa ini. “Menurut saya, yang paling buruk adalah semasa rakan saya datang dan sambil berkata, ‘Boleh pinjam wangmu?’ Menjadi pengantar pizza pun sudah kemajuan,” lanjut Karpman.

Macam mana? Sama2 kita ambil iktibar ye :)

Kalau rasa best info ni klik je SHARE :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih