30 Apr 2011

Cendekiawan Jepun Terjemah al-Quran


Jepun dikenali dengan teknologinya. Namun, cendekiawan yang bernama Toshihiku Izutsu agak istimewa. Beliau bukanlah pakar dalam bidang teknologi sebaliknya beliau adalah 'pendakwah' dalam melebarkan dakwah islamiyyah bagi dunia islam hari ini.

Toshihiku Izutsu (1914-1993) merupakan seornag professor yang telah menterjemahkan al-Quran dalam bahasa Jepun pada tahun 1958. Kegigihan dan usaha beliau memang wajar diberikan penghormatan. Kemampuannya menguasai lebih 20 bahasa milik bangsa-bangsa bertamadun utama dunia seperti bahasa klasik sanskrit, Hebrew, Cina, Turki dan Arab dianggap menakjubkan.

Cendekiawan Islam dunia menilai Izutsu sebagai gabungan orientalis timur dan barat. Namun, mereka bersetuju bahawa Izutsu tidak terpengaruh dengan budaya orientalis barat dan berpendirian teguh mengkaji berdasarkan aspek ilmu keagamaan dan falsafah.

Walaupun terdapat kekurangan dalam kajiannya kerana terpengaruh dengan pamahaman agama semantik dan zed buddha yang kuat di Jepun, ilmu dan karyanya tidak boleh dipinggirkan. Ia merupakan aset Islam di Jepun oleh cendekiawan yang digelar 'Bapa Yayasan Pengajian Islam Jepun' ini.

ps: Orang Jepun memang dalam semua perkara jadi memang menakjubkan sampai boleh terjemah al-Quran dalam bahasa Jepun! Di mana usaha kita untuk menegakkan Islam di Malaysia ini.

3 ulasan:

  1. Ass-Salam anakanda...
    Nice post @ sharing...Thank you.

    BalasPadam
  2. Wslm... Terima kasih :)

    Harap boleh share pada sahabat2 kita di facebook juga ye! Salah satu usaha dakwah jgk kan :P hehe

    BalasPadam
  3. "waqtu kassaif"

    Orang Jepun juga yang menggamalkan pepetah ini...right...

    ... tidak seorang pun dilihat jalan lambat-lambat... semua berjalaz dengan pantas di negara Jepun...

    # jika dibandingkan orang islam??

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih