5 Jan 2011

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010

Assalamualaikum...

Hari ni nak berkongsi pengumuman terbaru berkaitan dengan MUET..
Kepada sesiapa yang mengambil MUET pada tahun 2010 sila ambil perhatian ye!


Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan
Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 6 Januari 2011.

Cara Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi .
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mulai pukul 9:00 pagi
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos

Seramai 94,117 orang calon menduduki MUET Akhir Tahun ini di 991 buah pusat ujian di seluruh negara.

MUET Pertengahan Tahun 2011

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Akhir Tahun 2010 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian pertengahan tahun 2011.

Mereka yang berminat menduduki MUET Pertengahan Tahun 2011 dikehendaki membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mesp.gov.my/online sebelum 27 Januari 2011 ini.

Sumber : BERNAMA

p/s: Alhamdulillah dah ambil MUET, cukup-cukup makan je... hehe Good Luck kepada yang ambil MUET semoga mendapat result yang bagus!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih