5 Dis 2010

NAGA VIPER CILI PALING PEDAS DI DUNIA

NAGA VIPER

LONDON - Sejenis cili kacukan baru, Naga Viper diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Bhut Jolokia atau 'cili hantu'.

Tahap kepedasan Naga Viper direkodkan lebih 300,000 mata berbanding Bhut Jolokia pada skala Scoville yang mengukur tahap kepedasan cili dengan mengesan kewujudan sejenis bahan kimia dalam tumbuhan itu.

Penyelidik di Universiti Warwick yang menguji cili itu ( NAGA VIPER ) mendapati, ia mencapai tahap kepedasan sehingga 1,359,000 mata berbanding kebanyakan cili biasa yang mempunyai tahap kepedasan antara 2,500 dan 5,000 pada skala Scoville.

Naga Viper adalah hasil kacukan oleh seorang petani Britain, Gerald Fowler, yang menggabungkan tiga jenis cili paling pedas di dunia, termasuk Bhut Jolokia, untuk menghasilkan cili jenis baru itu.

"Pengalaman memakan cili ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Ia sangat pedas sehingga mampu melunturkan cat pada dinding," katanya.

Akhbar Britain turut melaporkan penyelidik pertahanan negara itu sudah mula mengkaji potensi cili  NAGA VIPER tersebut untuk digunakan sebagai senjata.

Dipetik daripada Sinar Harian.

p/s: Aku makan sambal asam pedas pun berair mata, tak dapat nak bayangkan kalau NAGA VIPER ni masuk dalam mulut aku! hehe :)

Nak tahu info menarik lain di blog ini? KLIK  

3 ulasan:

  1. Kalau masuk mulut aku x tau la jadi! huhu

    BalasPadam
  2. mak aih
    ganas bebeno cili ny
    tonyoh kt mlot org best ny
    haha

    BalasPadam
  3. hehe.. tenyeh dekat mulut orang kepoh lagi bagus! terus x bercakap.. haha

    BalasPadam

Suka Post ini?? Tekan SHARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohd Izuddin

Mohd Izuddin
Aku suka untuk Berjalan , Melihat , dan Mentafsir semua perkara yang aku lalui kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian-Nya. Tekan SHARE di mana Post yang anda Suka! Terima Kasih